Sumbangan Tunai Rahmah : FASA 4 & RAYUAN

Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah @ STR untuk fasa 4 sekarang dalam proses agihan iaitu secara berperingkat. Pembayaran dilakukan mulai 7/11/2023, bagi individu yang layak, dimana dari kategori Warga Emas Tiada Pasangan, Isi Rumah dan Bujang.

Selain itu, seramai 280,000 individu baharu yang telah diluluskan akan turut memperoleh bantuan (untuk Rayuan STR 2023). Mereka yang layak dan lulus bakal menerima bantuan sejumlah sehingga RM2,500 iaitu mengikut kategori masing-masing. 

Tarikh Bayaran

Berikut ialah tarikh bayaran untuk keempat-empat fasa:

  • Fasa 1 (Telah selesai) : Mulai 17/01/2023 secara berperingkat
  • Fasa 2 (Telah selesai) : Mulai 05/04/2023 secara berperingkat
  • Fasa 3 (Telai Selesai) : Mulai 26/06/2023 secara berperingkat
  • Fasa 4 (Dalam Proses) : Mulai 07/11/2023 secara berperingkat

 

Skim Bantuan Rahmah

Semakan Status Kelulusan

Semakan boleh dilakukan mulai 07/11/2023 melalui:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan STR dengan memuat turun aplikasi di Play Store dalam telefon bimbit
  3. Terus menghubungi LHDNM pada talian 1-800-88-2747 dalam tempoh waktu 9.00 am hingga 5pm
  4. Terus menghubungi MOF pada talian 03-8882 4565 / 4566 dalam tempoh waktu 9.00 am hingga 5.00pm
  5. Hadir terus ke cawangan LHDNM yang berdekatan

Kadar dan Amaun Pembayaran

Bagi Fasa 4, terdapat 2 kategori untuk penerima:

  1. Penerima bagi Pembayaran STR Fasa 1 & Fasa 2
  2. Penerima Permohonan Baharu STR atau Bukan Penerima bagi Fasa 2 & Fasa 2

Berikut adalah jadual terkini yang telah dikeluarkan oleh LHDNM mengenai bayaran STR;

 

Berikut pula jadual terkini bagi Penerima Permohonan Baharu STR atau Bukan Penerima Fasa1 & Fasa 2

Berikut pula maklumat terkini jumlah bayaran sekiranya terdapat perubahan status perkahwinan

 

Sumbangan Tunai Rahmah

Berikut pula jumlah bantuan STR 2023:

 

 

Cara pembayaran STR 2023 FASA 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan secara berikut:

  1. Kredit terus ke akaun bank masing-masing
  2. Bayaran tunai di kaunter bank (jika status pengkreditan adalah gagal / tidak terdapat maklumat dalam bank)

Leave a Comment