Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Permohonan Baru

Berita yang amat melegakan untuk semua golongan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR), kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah peruntukan sebanyak RM 2 bilion ataupun setinggi 25 peratus lagi, dimana jumlah terdahulu ialah 8 bilion ringgit. Kini ia ditingkatkan lagi kepada 10 bilion ringgit.

Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat tempohari.

Beliauturut berkata lagi bahawa pemberian STR bakal memanfaatkan 9 juta orang penerima atau sejumlah 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

 

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Syarat Permohonan STR 2024

I) KATEGORI ISI RUMAH

Pemohon :

  • Warganegara Malaysia yang mendiami/menetap di dalam negara Malaysia sahaja
  • Lelaki / wanita yang merupakan ketua keluarga, yang bekerja di negara Malaysia dengan memiliki jumlah pendapatan kasar bulanan seisi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah.

Pasangan :

  • Merupakan warganegara Malaysia (memiliki MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
  • Bukan merupakan Warganegara Malaysia (memiliki selain pengenalan MyPR/MyKAS)

Anak :

  • Hubungan haruslah anak kandung (termasuk kes anak tidak sah taraf) ataupun anak angkat yang telah berdaftar d bawah JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (MyKad/MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tidak mempunyai punca pendapatan dimana anak itu berumur: – 18 tahun & ke bawah; atau – 19 tahun & ke atas bagi mereka yang sedang (masih) belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

II) KATEGORI BUJANG

  • Merupakan Warganegara Malaysia yang tinggal/menetap di dalam Malaysia sahaja
  • Bekerja di negara Malaysia, diman jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2,500 & ke bawah bagi yang berumur 21-59 tahun dan individu OKU yang berumur 19-59 tahun
  • Bukan merupakan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa

III) KATEGORI WARGA EMAS / TIADA PASANGAN

  • Warganegara Malaysia yang tinggal/menetap di dalam Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dimana memiliki jumlah pendapatan kasar bulanansebanyak RM5,000 & ke bawah bagi mereka yang berumur 60 tahun & ke atas

Tarikh Permohonan

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah bakal dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan  tersebut bakal dibuka sepanjang tahun, dimana jauh lebih baik berbanding hanya dibuka setahun sekali sahaja sebelum ini.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Tarikh Bayaran STR 2024

Bayaran untuk 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah )STR) tahun 2024 adalah seperti di bawah:

  • Fasa 1 : bulan Februari 2024
  • Fasa 2 : bulan April 2024
  • Fasa 3 : bulan Ogos 2024
  • Fasa 4 : bulan November 2024

NOTA PENTING: Bayaran Fasa 1 akan ditambah kepada RM500 dan dijangka bakal disalurkan sebelum bulan Ramadan.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Leave a Comment