Skim Khairat Kematian (SKK) 2023
Masih ramai yang tidak mengetahui bahawasanya waris bagi pemohon/pasangan (telah lulus STR) yang telah meninggal dunia, boleh membuat pemohonan bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) 2023.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai skim ini.
Pengenalan Skim Khairat Kematian 2023 (SKK)
Bantuan SKK ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pemohon / Pasangan / waris adalah layak menuntut SKK sekiranya Permohonan STR 2023 bagi penama tersebut telah berstatus Lulus bagi kategori Isi Rumah dan juga Warga Emas Tiada Pasangan . Tetapi perl diingatkan ianya hanya terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara yang meninggal dunia dalam julat tarikh 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 sahaja.
Jumlah SKK yang bakal diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah sejumlah RM1,000 bagi setiap individu.
Jumlah dan Jenis Bantuan
Bantuan yang bakal diberikan adalah dalam bentuk bantuan kewangan iaitu sebanyak RM1000 tunai.
Tempoh permohonan
{PENTING] Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi bantuan SKK 2023:
Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan yang LULUS STR | Tempoh Tuntutan SKK | Jumlah Tuntutan SKK |
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023 | 17 Julai 2023 – 31 Disember 2023 | RM1,000.00 |
Syarat Kelayakan
Berikut adalah perincian mengenai syarat-syarat kelayakan bagi Skim Khairat Kematian (SKK):
- Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
- Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
- Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
- Urusan tuntutan SKK
- Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, waris yang berusia bawah 17 tahun perlu membawa dokumen pengenalan diri serta pertalian selain daripada hadir di mana-mana Bank Simpanan Nasional bagi tujuan mendapatkan pengesahan cap jari/tandatangan.
- Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
Cara Memohon Skim Khairat Kematian 2023 (SKK)
Tuntutan SKK ini adalah merupakan wang tunai dan ianya boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ada di seluruh Malaysia
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
- Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
- Kad Pengenalan asal Waris; dan
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii)