Resepi Siakap Stim ala Thai yang segar dan sedap memukau!

Sudah siap untuk mengungkap rahsia kelazatan yang akan menggoyang lidah anda?

Mari kita selami bersama-sama cara memasak Resepi Siakap Stim ala Thai yang bukan sahaja segar dari laut, tetapi juga menjanjikan kepuasan rasa yang tiada tandingannya!

 

Resepi Siakap Stim ala Thai

Resepi Siakap Stim ala Thai yang segar dan sedap memukau!

 

Bayangkan aroma menggoda dari sebilik dapur yang dipenuhi dengan wangi rempah eksotik. Setiap kali menyedutnya, anda seolah-olah diangkut ke tepian pantai yang indah di Thailand, di mana seni memasak adalah warisan dan kebahagiaan. Di sinilah resepi Siakap Stim ala Thai berperanan, bukan hanya sebagai hidangan, tetapi sebagai pengalaman memukau yang menyatukan cita rasa yang kaya dan tekstur yang menggoda dalam setiap suapan.

Aroma daun limau purut dan serai yang segar segera membangkitkan rasa ingin tahu, sementara cili padi menjanjikan sentuhan kehangatan yang menyelubungi hati. Dalam resepi ini, Siakap yang lembut dan segar di stim hingga sempurna, lalu disiramkan sos ajaib yang merupakan campuran sempurna antara manis, masam, pedas, dan masin, keseimbangan cita rasa yang hanya ditemukan dalam masakan Thai.

Siapkan diri anda untuk terpikat oleh Resepi Siakap Stim ala Thai ini, sebuah keajaiban kulinari yang tidak hanya memuaskan rasa lapar tetapi juga memanjakan jiwa.

 

Resepi Siakap Stim ala Thai

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk siakap stim:
    • 1 ekor ikan siakap
    • 2 batang serai
    • 1 mangkuk besar air
    • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
    • 5 ulas bawang putih
    • perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
    • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
    • 6-7 biji cili padi
    • hirisan daun ketumbar
    • 1-2 sudu besar sos ikan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kukus siakap:
    1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
    2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
    3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
    4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

 

  • Cara-cara untuk kuah cili limau:
    1. Panaskan air di dalam periuk.
    2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
    3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
    4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

 

Tip Masakan:
  • Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
  • Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
  • Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Siakap Stim Lemon

  • Masa Penyediaan: 10 minit
  • Masa Memasak: 25 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1/2 biji bawang besar
    • 4-5 biji cili padi
    • 1 biji tomato
    • Daun ketumbar
    • 1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
    • 1 ekor ikan siakap
    • Sedikit garam
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 3 sudu kecil tepung jagung
    • Sedikit air
    • 1/2 kiub ayam
    • 1 1/2 cawan air

 

Cara Penyediaan:
    1. Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
    2. Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
    3. Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
    4. Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
    5. Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
    6. Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
    7. Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
    8. Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
    9. Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
    10. Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.
  • Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.
  • Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment