Program Bantuan iSejahtera. Dapatkan maklumat terkini dan panduan lengkap cara mohon.
Program Bantuan iSejahtera
Program i-Sejahtera adalah satu bentuk sumbangan tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berusia 2 tahun ke bawah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kepada rakyat Pulau Pinang.
Baca juga : Bantuan Kewangan RM 700. Cara mohon online.
Semak Kelayakan
Untuk layak memohon program i-Sejahtera, pemohon mesti warganegara Malaysia dan pengundi terdaftar di Pulau Pinang (kecuali untuk Program OKU).
Syarat-syarat penuh bagi setiap program dan dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat melalui pautan yang diberikan:
CARA DAFTAR PROGRAM BANTUAN
Pendaftaran program i-Sejahtera boleh dibuat secara atas talian melalui laman portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status, kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan ikuti arahan seterusnya untuk memohon.
Proses permohonan adalah seperti berikut:
- Semak nombor kad pengenalan anda
- Mohon ID dan kata laluan untuk mendaftar ke dalam Sistem Penghargaan.
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Jika dokumen tidak dimuatnaik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
Status permohonan boleh diperiksa melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baharu dan Semakan Status. Selain itu, pemeriksaan juga boleh dibuat dengan log masuk ke akaun pemohon melalui butang Log Masuk Pemohon.
Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran. Senarai hubungan boleh dilihat pada bahagian Hubungi Kami.
KADAR BANTUAN YANG DIBERIKAN
- BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00
Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00
Program Suri Emas : RM100.00
Program Bantuan OKU : RM200.00
- BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
Program Anak Emas : RM200.00
Khairat Kematian : RM1,000.00
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran dijalankan secara berperingkat. Untuk memastikan pemohon mendapat sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon perlu lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun hadapan.
CARA BANTUAN DISALURKAN
Pembayaran bantuan i-Sejahtera boleh dibuat secara tunai atau pemindahan dana elektronik (EFT). Walaupun begitu, penerima bantuan digalakkan untuk memilih kaedah EFT kerana bayaran tunai tidak dapat dilakukan disebabkan wabak COVID-19.
Jika penerima bantuan telah memilih kaedah tunai, mereka boleh membuat kemaskini dengan menukar kepada kaedah EFT. Ini boleh dilakukan dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank terkini melalui sistem.