Program Perumahan Rakyat Sejahtera atau PPRS telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Kerajaan memaklumkan bahawa langkah ini diambil untuk menambah baik program yang dilaksanakan demi manfaat rakyat.
Baca Juga : Cara Buat Temujanji Gigi di Klinik Kerajaan Menerusi MySejahtera
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)
Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengumumkan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Program ini kini dinamakan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Selain daripada penukaran nama, keluasan rumah turut ditambah baik kepada 680 kaki persegi berbanding hanya 600 kaki persegi sebelum ini. Tujuan penjenamaan semula ini adalah untuk mengubah persepsi dan minda penghuni rumah terhadap projek yang dilaksanakan di bawah kementerian.
Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Kota Tinggi sempena Permukiman Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Mereka yang berkelayakan bakal menerima manfaat berbentuk rumah ini.
PERINCIAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA
Konsep “sewa kepada memiliki” atau “rent to own” yang diperkenalkan akan mengurangkan beban rakyat dan akhirnya menjadikan mereka pemilik rumah secara mutlak. Projek-projek perumahan PPRT nanti akan mempunyai keluasan 680 kaki persegi bagi setiap unit rumah.
Kerajaan juga memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2024, KKDW telah memperuntukkan sekitar RM460.4 juta untuk membina 3,000 unit PPRS. Selain itu, sekitar 12,600 unit rumah akan dibaik pulih.
Penukaran nama kepada PPRS diharapkan akan mengubah persepsi dan minda penduduk rumah PPRT dengan spesifikasi yang baharu. Semua makluman ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam sidang akhbar selepas penutupan permukiman KKWS Desaru.
SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR PROGRAM
Bagi mereka yang belum memiliki rumah sendiri dan berada dalam lingkungan pendapatan sederhana atau rendah, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan oleh kerajaan ini.
Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEDUH (KPKT)
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif, terutamanya bantuan, yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan.
Baca Juga : Senarai Nama Penerima Bantuan Tunai RM300 MyKad Setiap Bulan