Permohonan Rumah PPR 2024 untuk B40 RM 124 Bulanan – Cara untuk Mohon

Isi Kandungan Permohonan Rumah PPR 2024  Kategori Rumah PPR Ciri-Ciri Rumah PPR bagi Golongan B40: Syarat-Syarat Permohonan Rumah PPR B40: Prosedur Permohonan Rumah PPR: Pelajari cara memohon Rumah PPR 2024 untuk golongan B40. Ikuti langkah …

RUMAH PPR 2024

Pelajari cara memohon Rumah PPR 2024 untuk golongan B40. Ikuti langkah permohonan, syarat kelayakan, dan manfaat program mampu milik ini. Permohonan dibuka sepanjang tahun!

Baca Juga : Panduan Permohonan Rumah PPRT 2024

Permohonan Rumah PPR 2024 

RUMAH PPR 2024

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Program Perumahan Rakyat (PPR) 2024 kini membuka peluang kepada golongan B40 sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan skim penempatan semula bagi setinggan dan golongan berpendapatan rendah. Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Rumah-rumah yang dibina di bawah skim PPR akan mengikuti garis panduan CIS2, Piawaian Perumahan Nasional Kerajaan untuk Pangsapuri Kos Rendah, memastikan kualiti dan reka bentuk yang sesuai serta terjangkau untuk golongan sasar.

Pemohonan dibuka sepanjang tahun untuk semua negeri dan boleh dibuat melalui portal rasmi.

Baca Juga : BANTUAN RUMAH SEWA UNTUK B40

Kategori Rumah PPR

  1. PPR Disewa: Rumah disewakan pada kadar RM124 sebulan, bermula dari bulan Februari 2002.
  2. PPR Dimiliki: Membuka peluang untuk memiliki rumah pada harga RM 35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-Ciri Rumah PPR bagi Golongan B40:

  • Lokasi: Bangunan tinggi antara 5 hingga 18 tingkat di bandar besar atau rumah teres di pinggir bandar.
  • Saiz: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Bilik: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Fasilitas: Dewan Komuniti, Surau, Gerai Makan, Tadika, kemudahan OKU, Taman Permainan, kawasan pembuangan sampah.

Syarat-Syarat Permohonan Rumah PPR B40:

  • Warganegara Malaysia bersama pasangan, berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak boleh pernah memiliki rumah sebelum ini.
  • Bujang juga layak memohon, walaupun keluarga berkeutamaan.
  • Syarat tambahan mengikut keperluan Kerajaan Negeri.

Prosedur Permohonan Rumah PPR:

  1. Daftar dan buat akaun melalui Portal SPRN: https://sprn.kpkt.gov.my.
  2. Pilih skim yang sesuai, isi dan simpan maklumat peribadi, pendapatan, pasangan dan tanggungan.
  3. Cari dan pilih projek yang diingini, kemudian muat naik dokumen-dokumen sokongan dalam format PDF dengan saiz tidak melebihi 3MB.
  4. Setelah pengesahan, hantar permohonan melalui sistem.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program PPR, sila hubungi:

  • Pelan PPR: 03-8891 4052 / 4278 / 4028
  • Masalah Teknikal/Sistem: teduh@kpkt.gov.my

Inisiatif kerajaan ini membuka peluang ke arah pemilikan rumah yang berpatutan dan mampu milik, sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Baca Juga : Rumah Mampu Milik untuk B40 & M40

 

Leave a Comment