Seperti yang anda semua maklum, Permohonan / Penebusan Bantuan E-tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 telah dibuka mulai 26 Jun 2023 tempohari.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia18-20 tahun pada tahun 2023; atau mempunyai status aktif sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana institusi pendidikan Malaysia*
*Bermaksud pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Institusi pendidikan setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
Peruntukan
Kerajaan telah memutuskan untuk menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah sejumlah RM200 iaitu dengan peruntukan sebanyak RM400 juta yang bakal memberikan manfaat kepada 2juta orang berusia 18 hingga 20 tahun.
Terkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah juga ditawarkan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dimana ia tidak terhad hanya kepada mahasiswa berumur 18 hingga 20 tahun.
Inisiatif eTunai Belia Rahmah ini adalah inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah diberikan sebelum ini menerusi Belanjawan 2022 (e-Pemula).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada Jun 2023.
“Bantuan e-dompet itu juga turut ditawarkan kepada kesemua mahasiswa yang layak dimana ia tidak terhad hanya kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sahaja.
Sebelum ini, akhbar tempatan telah melaporkan bahawa mahasiswa universiti menghantar rayuan kepada kerajaan supaya segera mengagihkan bantuan RM200 e-dompet seperti telah diumumkan Perdana Menteri pada tanggal 7 April lalu.
Menurut mahasiswa tersebut, bantuan itu sangat membantu untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.
Penebusan
Belia di negara Malaysia yang berkelayakan boleh menebus menerusi 3 aplikasi yang berikut:
- Boost
- Touch n Go
- Setel
Pendaftaran Telah Ditutup
Walaubagaimanapun, tempoh pendaftaran telahpun ditutup pada 22 Ogos 2023 yang lalu,dan tempoh penebusan akan tamat pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023! Jadi mana-mana individu yang belum menebus kredit eBelia Rahmah, sila cepat-cepat berbuat demikian ya.