Kredit eTunai RM100 Bagi Golongan M40, B40
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri Malaysia) telah mengumumkan bahawa Kerajaan bakal menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada kesemua rakyat dewasa di Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM100,000 ke bawah.
Beliau berkata, inisiatif ini membabitkan peruntukan lebih kurang RM1 bilion itu akan memberikan manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas, iaitu merangkumi golongan B40 dan juga M40.
Katanya, inisiatif e-tunai itu diumumkan selepas kerajaan menilai kejayaan serta impak besar yang terhasil daripada program e-tunai untuk masyarakat.
“Melihat kepada kejayaan dan kesan positif yang terhasil daripada program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan kredit e-tunai RM100 untuk semua rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah.
“Jumlah penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 iaitu dengan dana RM1 bilion,” katanya ketika memberi ucapan dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Tarikh Penebusan Kredit e-Tunai
Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun bakal dilaksanakan pada suku ke-4 tahun ini -MoF
LAIN-LAIN RINGKASAN UCAPAN PERDANA MENTERI:
- Kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 bagi rakyat yang berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah, dimana lebih 10 juta orang yang layak
- Kredit e-tunai RM100 melibatkan dana sekitar RM1 bilion
- Kerajaan akan menambah peruntukan lebih kurang RM400 juta untuk tujuan pinjaman mikro di bawah agensi termasuk Tekun, SME Corp, Teraju dan MARA.
- Kerajaan bakal menumpukan usaha bagi mengantarabangsakan PKS tempatan dan syarikat pemula.
- Belanjawan MADANI 2023 bakal memperuntukkan lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, fokus kepada akses pinjaman dan jaminan pembiayaan.
- Pengukuhan kewangan Islam bakal menekankan pembiayaan ekuiti termasuklah venture capital, equity crowdfunding serta ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam iaitu termasuk zakat, wakaf serta sadaqah, serta kaedah kewangan blended finance.
- Kerajaan amat mengalu-alukan syarikat pemula di Malaysia seperti PolicyStreet, Lapasar, Dropee, dan Funding Societies yang berpotensi untuk menjadi agen perubahan dalam sektor PMKS menerusi penyediaan pembiayaan alternatif contohnya, equity crowdfunding.
- Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju
- Kerajaan berhasrat melaksanakan levi pekerja asing secara berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan
- Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah
- Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada.
- Lebih 2.3 juta orang penjawat awam di Malaysia termasuk golongan pesara bakal mendapat manfaat menerusi Bantuan Khas Penghargaan yang bakal dilaksanakan pembayarannya dalam tempoh dua minggu.
- Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk membantu rakyat miliki rumah
- Kerajaan jamin tidak akan mengabaikan rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, terus tawarkan bantuan kepada yang memerlukan