Koleksi Teka-Teki Lawak Paling Kelakar Dengan Jawapan Yang Menghiburkan!

Isi Kandungan Koleksi Teka-Teki Lawak Nak Lagi Teka-Teki? Lihat di Bawah Tak Cukup? Lihat Koleksi Teka-Teki Lain Teka-teki merupakan satu medium yang seronok untuk mengeratkan hubungan antara kita. Sama ada di sekolah bersama rakan-rakan ataupun …

teka-teki

Teka-teki merupakan satu medium yang seronok untuk mengeratkan hubungan antara kita. Sama ada di sekolah bersama rakan-rakan ataupun di rumah bersama keluarga, teka-teki boleh menjadi aktiviti yang menghiburkan. Ketika menunggu guru masuk ke kelas, kita boleh bercerita teka-teki dengan rakan-rakan, atau jika di rumah, bermain teka-teki bersama keluarga pula.

Di sini kami kongsikan beberapa koleksi teka-teki lawak yang mungkin ada antara anda yang pernah dengar dan ada juga yang tidak. Selamat menikmati!

Baca Juga : TEKA-TEKI LAWAK DAN SUSAH: Soalan & Jawapan

Koleksi Teka-Teki Lawak

teka-teki

  1. Soalan: Kenapa anak perempuan dinamakan Fatimah selepas dilahirkan oleh ibunya yang sedang melalui ladang kopi dan lombong bijih timah?
    • Jawapan: Sebab anak dia perempuan!
  2. Soalan: Negara apa yang akan banjir dulu, kemudian baru hujan?
    • Jawapan: Bahrain. “Bah” tu banjir, “rain” tu hujan.
  3. Soalan: Mulanya aku buka baju, lepas itu aku sapu bedak. Kemudian aku terjun ke dalam tasik dan mandi. Setelah selesai mandi, aku naik dari tasik. Siapakah aku?
    • Jawapan: Pisang Goreng.
  4. Soalan: Haiwan apakah yang perutnya, kakinya, matanya, dan mulutnya semua di kepala?
    • Jawapan: Kutu, sebab memang duduk di kepala orang!
  5. Soalan: Apakah hidupan yang semasa kecilnya berkaki empat, bila besar berkaki dua, dan bila tua berkaki tiga?
    • Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki, dan bila tua bertongkat.
  6. Soalan: Kenapa kebanyakan motosikal dinamakan YAMAHA?
    • Jawapan: Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau orang Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
  7. Soalan: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
    • Jawapan: Kutu. Sebab sering memijak-mijak kepala orang.
  8. Soalan: Kenapa koboi Mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
    • Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! Besar tu!
  9. Soalan: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian sebuah kenderaan dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun kenderaan itu berhenti tepat di depan lelaki tersebut. Bagaimana pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
    • Jawapan: Waktu itu adalah siang hari, bukannya malam!

Nak Lagi Teka-Teki? Lihat di Bawah

  1. Soalan: Binatang apa yang boleh terbang, memanjat, dan berlari dengan laju?
    • Jawapan: Harimau Kumbang.
  2. Soalan: Kalau kapal terbang sudah terbang, tinggal apa?
    • Jawapan: Tinggal lambai, bye!
  3. Soalan: Dalam banyak-banyak kuih raya, kuih apa yang tengah-tengah tidak boleh dimakan?
    • Jawapan: Kuih Mama Carry.
  4. Soalan: Mengapa perempuan memakai makeup?
    • Jawapan: Supaya berbeza dengan lelaki.
  5. Soalan: Dalam banyak-banyak kapal, kapal apa yang tidak boleh masuk dalam air?
    • Jawapan: Kapal terbang.
  6. Soalan: Beruk naik motor, gajah basikal, Pak Mat naik apa?
    • Jawapan: Naik heran.
  7. Soalan: Ikan apa yang suka merempit?
    • Jawapan: Ikan lumba-lumba.
  8. Soalan: Dalam banyak-banyak buku, buku apa yang tidak boleh dibaca?
    • Jawapan: Buku lali.

Tak Cukup? Lihat Koleksi Teka-Teki Lain

  1. Soalan: Hantu jenis apa yang memiliki kemahiran bersilat?
    • Jawapan: Hang Tuah.
  2. Soalan: Sate jenis apa yang memiliki kepanasan tertinggi?
    • Jawapan: Saterika.
  3. Soalan: Gajah terbang dengan apa?
    • Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah.
  4. Soalan: Terdapat dua ayah dan dua anak yang pergi ke hutan untuk memburu kancil. Mereka hanya berjaya menangkap tiga ekor kancil. Bagaimana setiap individu dapat membawa pulang satu ekor kancil?
    • Jawapan: Yang pergi berburu itu hanya tiga orang, seorang datuk, seorang anak, dan seorang ayah. Bukannya empat orang.
  5. Soalan: Bagaimana untuk mengenal pasti bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
    • Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok!
  6. Soalan: Burung jenis apa yang mampu berdiri dan berbaring tetapi tidak mampu duduk?
    • Jawapan: Penguin.
  7. Soalan: Apakah yang akan terjadi apabila lima pasang stokin dengan warna berbeza direndam di dalam laut merah?
    • Jawapan: Stokin itu akan basah lah.
  8. Soalan: Cecair jenis apa yang akan membeku apabila dipanaskan?
    • Jawapan: Telur.
  9. Soalan: Kuih jenis apa yang hanya tepinya sahaja dimakan manakala tengahnya tidak?
    • Jawapan: Kuih Donut.
  10. Soalan: Buah-buahan apa yang selamat daripada kebakaran di sebuah kedai?
    • Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar, dan buah cempedak sebab diluar pagar.
  11. Soalan: Apakah benda yang apabila ditarik ia menyukakan yang di atas tetapi menyusahkan yang di bawah?
    • Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
  12. Soalan: Mengapa tidak terdapat kesan tapak kaki saya ketika saya berjalan di tepi pantai di atas pasir tanpa mencecah air?
    • Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
  13. Soalan: Ke arah manakah lembu itu menghadap setelah melakukan beberapa putaran?
    • Jawapan: Ke bawah! Ia masih menghadap ke bawah dan memakan rumput.
  14. Soalan: Apakah yang akan menurun lebih dahulu apabila loceng bas ditekan?
    • Jawapan: Speedometer bas lah.
  15. Soalan: Apa perbezaan antara jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
    • Jawapan: Jatuh pokok kelapa naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
  16. Soalan: Mengapa doktor bedah menutup mulutnya ketika melakukan pembedahan?
    • Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
  17. Soalan: Mengapa mayat dibungkus dengan kain putih?
    • Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!
  18. Soalan: Apakah yang akan terjadi kepada ayam apabila gajah, singa dan kambing berubah menjadi ayam?
    • Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
  19. Soalan: Mengapa batu kerikil diletakkan di tepi rel kereta api?
    • Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
  20. Soalan: Lampu jenis apa yang apabila dipecahkan akan membuat orang keluar daripadanya?
    • Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan nanti akan keluar orangnya.
  21. Soalan: Apa yang akan mengintai apabila ditutup tetapi akan marah apabila dibuka?
    • Jawapan: Orang naik beca semasa hujan.
  22. Soalan: Apa yang akan berdiri apabila kita berbaring dan akan berbaring apabila kita berdiri dan akan mengikuti kita apabila kita berjalan?
    • Jawapan: Tapak kaki kita lah.
  23. Soalan: Mengapa guru sejarah kebiasaannya botak di bahagian belakang kepala sedangkan profesor kebiasaannya botak di bahagian depan?
    • Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedangkan profesor memikir untuk masa depan.
  24. Soalan: Apakah yang akan menentukan nasib buruk kita apabila bertemu dengan kucing hitam?
    • Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia atau tikus!
  25. Soalan: Apakah yang akan dilihat oleh kura-kura apabila ia memanjat pokok?
    • Jawapan: Nampak pembohongnya. Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok!
  26. Soalan: Apakah yang berada di antara langit dan bumi?
    • Jawapan: Dan.
  27. Soalan: Apakah benda yang apabila kita pegang ia akan mati tetapi apabila dilepaskan ia akan hidup namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
    • Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
  28. Soalan: Apakah yang akan didapat oleh isteri tetapi tidak oleh suami apabila isteri mendapat sesuatu?
    • Jawapan: Gelaran Dato. Bila si suami mendapat gelaran Dato, si isteri akan dapat gelaran Datin. Tetapi bila isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
  29. Soalan: Apakah benda yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
    • Jawapan: Seluar panjang. Bila dipotong ia akan semakin tinggi.
  30. Soalan: Apakah benda yang kadang-kadang di atas kadang-kadang di bawah dan jika salah kedudukan boleh mengganggu pandangan dan pendengaran?
    • Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak je kat tanah. Kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur suara pun tak ada.
  31. Soalan: Apa yang akan dibuang apabila kita makan kulit tetapi bukan pisang?
    • Jawapan: Buang tebiat.
  32. Soalan: Apakah batang yang berlubang-lubang, tirus di atas, kembang di bawah dan jika ditebang akan menimbulkan masalah besar?
    • Jawapan: Batang hidung.
  33. Soalan: Pak Ali ingin menanam dua jenis pokok di ladangnya tetapi hanya menanam separuh pokok getah dan separuh pokok koko. Pokok jenis apa yang akan tumbuh lebih awal?
    • Jawapan: Dua-dua tak tumbuh sebab dia tanam separuh je.
  34. Soalan: Seorang wanita yang sarat mengandung dibawa oleh suaminya ke hospital melalui ladang kopi dan lombong bijih timah dan setelah anaknya lahir dinamakan Fatimah. Mengapakah?
    • Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan.
  35. Soalan: Negara apakah yang mengalami banjir sebelum hujan?
    • Jawapan: Bahrain. “Bah” tu banjir, “rain” tu hujan.
  36. Soalan: Siapa yang akan mati apabila kancil dan rusa berlaga?
    • Jawapan: Pemandunya yang mati. Kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar, matilah orang tu.
  37. Soalan: Apa yang akan saya lakukan apabila saya buka baju, sapu bedak, terjun ke dalam tasik, mandi dan kemudian naik dari tasik?
    • Jawapan: Pisang Goreng.
  38. Soalan: Haiwan apakah yang memiliki semua organ tubuhnya di kepala?
    • Jawapan: Kutu ler sebab memang duduk di kepala orang!
  39. Soalan: Apakah makhluk yang memiliki empat kaki semasa kecil, dua kaki semasa dewasa dan tiga kaki semasa tua?
    • Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
  40. Soalan: Mengapakah nama kebanyakan motosikal adalah YAMAHA?
    • Jawapan: Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau orang Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
  41. Soalan: Bagaimanakah pemandu kenderaan berwarna hitam dapat melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam di lorong hitam dengan lampu yang padam?
    • Jawapan: Waktu itu adalah siang hari, bukannya malam!
  42. Soalan: Apakah benda yang keras, kurus tanpa tangan dan berkepala hitam?
    • Jawapan: Anak mancis.
  43. Soalan: Mengapakah empat dari sepuluh ekor burung jatuh ke bumi apabila berdentum guruh?
    • Jawapan: Kerana empat ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
  44. Soalan: Binatang apakah yang paling kaya di dunia?
    • Jawapan: Beruang. Sebab binatang ni “ber wang.”
  45. Soalan: Ikan apa yang memiliki ciri-ciri separuh Jawa dan separuh Inggeris?
    • Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan Inggeris “Kang” adalah perkataan Jawa.
  46. Soalan: Apakah yang akan bergulung-gulung apabila keluar dari segitiga?
    • Jawapan: Seluar dalam.
  47. Soalan: Kotak jenis apa yang tidak dapat diangkat?
    • Jawapan: Kotak penalti.
  48. Soalan: Bom jenis apa yang dapat menyelamatkan orang dan tidak akan meletup?
    • Jawapan: Bomba.
  49. Soalan: Apakah yang akan tetap bergerak walaupun kita berhenti tetapi apabila ia berhenti kita akan mati?
    • Jawapan: Jantung.
  50. Soalan: Tempat apakah yang menyediakan makanan, tempat tidur dan tempat tinggal secara percuma tetapi tidak ada siapa yang ingin tinggal di situ?
    • Jawapan: Penjara.

Semoga segala teka-teki ini dapat menghiburkan anda dan rakan-rakan serta keluarga. Jangan lupa untuk berkongsi teka-teki ini dengan orang lain!

 

Leave a Comment