21 Khasiat Bunga Telang: Untuk kekal sihat dan cantik!

Ketahui 21 khasiat Bunga Telang untuk kesihatan dan kecantikan.

KHASIAT BUNGA TELANG

Bunga Telang

Bunga Telang, yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Clitoria ternatea, adalah tumbuhan asli Asia Tenggara dengan ciri-ciri unik dan warna ungu dan biru yang menakjubkan. Bunga Telang juga dikenali sebagai Butterfly pea, Asian pigeonwings, Darwin pea dan Blue pea.

Kecantikan bukan satu-satunya kualiti yang dimiliki oleh bunga ini, ia juga terkenal dengan kegunaannya dalam perubatan tradisional dan sebagai pewarnamakanan semula jadi.

Terkenal dengan ciri-ciri anti-diabetes, anti-radang, analgesik dan antibakteria, Bunga Telang juga kaya dengan sebatian antosianin, yang merupakan antioksidan dengan manfaat kesihatan yang ketara. Lebih-lebih lagi, tumbuhan ini dihargai oleh komuniti saintifik kerana pelbagai potensi manfaatnya kepada kesihatan manusia.

 

Sumber: Pinterest

21 Khasiat Bunga Telang

  • Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

  • Melebat dan menghitamkan rambut

Bunga telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala.

Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

 

  • Sebagai detox

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

 

  • Mengurangkan sakit kepala

Selain melebat dan menghitamkan rambut, daun dan bunga telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala.

Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

 

  • Mencuci darah

Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

 

  • Mengatasi cirit-birit

Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.

  • Mengatasi sembelit

Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.

 

  • Membuka selera makan

Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

 

  • Merawat ulser mulut

Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

 

  • Insomnia

Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia.

 

  • Mengubati bisul

Daun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.

 

  • Mengubati sakit mata

Bunga dan daun telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan.

Caranya dengan merendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.

  • Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, bunga telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

 

  • Mengurangkan gejala asma

Akar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

  • Mengubati batuk

Akar bunga telang dapat ubati batuk.

 

  • Mengubati bronkitis

Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.

 

  • Mengubati sakit telinga

Jika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.

 

  • Mengatasi masalah tekanan

Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi masalah tekanan.

 

  • Bagus untuk sakit kencing manis

Satu kajian klinikal kecil yang melibatkan 15 orang lelaki sihat mendapati pengambilan sukrosa (gula) bersama dengan 1 dan 2 gram estrak bunga telang dapat mengurangkan paras gula dalam darah dan kepekatan insulin.

  • Mencegah jangkitan bakteria dan kulat

Biji bunga telang mengandungi protein yang bersifat antikulat dan didapati berkesan mencegah jangkitan kulat yang boleh menjangkiti manusia seperti Candida spp. dan Cryptococcus spp.

Kulat Candida boleh menyebabkan jangkitan yis pada faraj wanita manakala kulat Cryptococcus boleh menjangkiti paru-paru dan sistem saraf pusat.

Daun dan kelopak bunga telang juga dapat mencegah jangkitan bakteria seperti bakteria Straphylococcus aureus.

 

Kajian terhadap haiwan menunjukkan estrak biji dan akar bunga telang dapat menurunkan kolestrol dan trigliserida.

Sumber: Pinterest


Resepi teh bunga telang:

Sumber: Pinterest

Bahan-Bahan:

  • Segenggam Bunga Telang
  • Segelas Air Panas
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

  1. Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas.
  2. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.
  3. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.
  4. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

 

Sumber:


BACAAN LAIN:

Leave a Comment