Kerajaan Umum Kenaikan Gaji 15% untuk Penjawat Awam B40 dan M40 Mulai Disember 2024

Isi Kandungan Kerajaan Umum Kenaikan Gaji 15% untuk Penjawat Awam B40 dan M40 Mulai Disember 2024 Pengumuman Perdana Menteri Kenapa Kenaikan Ini Penting? Bayaran Insentif Awal (SSPA) Cadangan daripada CUEPACS Kesimpulan BACAAN LAIN: Kerajaan umum …

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji 15%

Kerajaan umum kenaikan gaji 15% untuk penjawat awam B40 dan M40 mulai Disember 2024! Apa yang anda perlu tahu? Jangan ketinggalan, baca sekarang!

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji 15%

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji 15% untuk Penjawat Awam B40 dan M40 Mulai Disember 2024

 

Kerajaan telah mengumumkan berita baik untuk penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, iaitu kenaikan gaji.

 

Pengumuman Perdana Menteri

Pada Perhimpunan Hari Pekerja yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15% untuk penjawat awam bermula 1 Disember 2024. Kenaikan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara dan melibatkan peruntukan melebihi RM10 bilion.

Kenapa Kenaikan Ini Penting?

Kenaikan ini adalah yang pertama kali sejak tahun 2013. Kadar kenaikan ini melebihi yang pernah tertinggi sebelum ini, iaitu 13%. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan penjawat awam.

 

Bayaran Insentif Awal (SSPA)

Kerajaan juga bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka siap penghujung tahun depan. Ini untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

 

Cadangan daripada CUEPACS

Kenaikan Gaji: Tambahan RM300 sebulan.
Bonus: Minimum satu bulan setengah.
Diskaun Cukai: Sekurang-kurangnya 30% untuk pembayaran cukai pendapatan penjawat awam.
Pencen: Meningkatkan jumlah pengiraan pencen hingga 35 tahun perkhidmatan.

Kesimpulan

Diharap kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup dan menamatkan polemik isu-isu seperti pencen penjawat awam. Keputusan ini diharapkan dapat mengurangkan keresahan dan ketidakselesaan di kalangan penjawat awam serta masyarakat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

 

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment