Maklumat terkini JAWATAN KOSONG JPNIN 2024.
Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2024. Permohonan Dibuka untuk Warganegara Malaysia yang Berkelayakan untuk Jawatan Kontrak di JPNIN
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG JPNIN 2024
- Pembantu pembangunan Masyarakat S19
Lokasi penempatan : JPNIN Johor.
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi Kekosongan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor
Gaji Minimum – Maksimum: RM 1352.00 – RM 4003.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA): RM115.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) – Mengikut Daerah
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
27 April 2024
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah lulus dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian (C) dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
CARA MOHON JAWATAN KOSONG
- Dapatkan Borang Permohonan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor atau muat turun dari pautan yang diberikan. [ BORANG PERMOHONAN]
- Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat perlu mendapatkan persetujuan daripada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
- Sertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Digital Vaksinasi Covid-19, dan dokumen sokongan yang diperlukan yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas.
Hantar borang permohonan ke alamat yang dinyatakan.
Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor,
Tingkat 20, Bangunan KWSP,
Jalan Dato’ Dalam,
80000 Johor Bahru
(u.p: Unit Perkhidmatan)
JAWATAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
Jawatan Kosong KPDN April 2024 – Lepasan SPM layak mohon! Gaji Sehingga RM 2100
JAWATAN KOSONG GURU GANTI MYSTEP 2024 – Terbuka seluruh Malaysia
JAWATAN KOSONG JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) – Gaji Sehingga RM 4000