Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2024!
Dapatkan maklumat lengkap mengenai syarat kelayakan dan cara permohonan dengan di sini.
Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2024
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG
Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Jawatan: Pegawai Bomba Bantuan
- Jantina: Lelaki
- Penempatan:
– Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang
– Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala
– Balai Bomba dan Penyelamat Sepang
– Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil
– Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn
– Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah
Syarat Permohonan
Bagi calon yang berminat membuat permohonan, anda boleh kemukakan permohonan dengan perlu melepasi beberapa syarat kelayakan permohonan kerja seperti dibawah:
- Kelayakan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Minimum ketinggian 157cm
- Minimum berat 48kg
- BMI 19-26
- Keutamaan kepada warganegara Malaysia
- Menetap / tinggal di Negeri Selangor
- Sihat tubuh badan dan penglihatan
- Lulus ujian fizikal dan pancaindera
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-ana pasukan atau Skim Sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
- Bukan dari pesara kerajaan atau bekas anggota pasukan beruniform
- Bukan dari bekas anggota PBB yang telah berhenti dari perkhidmatannya atau diberhentikan
- Lelaki sahaja
Faedah
- Elaun RM 8.00 / Jam
- Elaun penyelenggaraan pakaian
- Caruman insurans kelompok
- Elaun bounty
Cara Memohon
Permohonan secara online. Scan Qr code untuk membuat permohonan.
Tempoh Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum 19 Jun 2024.
Maklumat Lanjut
Laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor: https://www.bomba.gov.my/jbpm-negeri-selangor/