Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024!

Anda berpeluang untuk mengisi jawatan yang kosong, jangan lepaskan peluang ini. Semak kelayakan yang diperlukan dan segera isi permohonan anda.

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2024

 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bangganya membuka peluang jawatan untuk tahun 2024, mencari individu yang berdedikasi dan berani mengambil risiko demi melindungi dan membela keselamatan tanah air. Bersama kita menelaah lebih dalam mengenai apakah sumbangan yang boleh anda tawarkan dalam memperkukuhkan ketahanan nasional di mata dunia.

 

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Khususnya untuk jawatan APM Jun 2024, adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 2 jenis jawatan kekosongan. Bermula daripada jawatan minima SPM dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap dibawah APM. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan APM Jun 2024 yang dibuka :

Jawatan

Kelayakan

Gaji

Penolong Pengarah M41IjazahRM2000-RM2499
Pembantu TadbirSPMRM1500-RM1999

 

 

Syarat Permohonan

Bagi calon yang berminat membuat permohonan, anda boleh kemukakan permohonan dengan perlu melepasi beberapa syarat kelayakan permohonan kerja seperti dibawah:

  1. Rakyat Malaysia yang sah
  2. Berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Mempunyai kelayakan akademik bermula dari SPM dan ijazah.
  4. Boleh bekerja dengan baik dan mahir menggunakan komputer

Para calon boleh mengemukakan permohonan dengan merujuk iklan tawaran rasmi dan panduan permohonan dibawah. Pastikan untuk mengikut etika permohonan kerja yang betul dan pastikan juga maklumat yang anda sertakan adalah benar.

 

Skop Kerja

Bagi skop tugasan bagi kedua jawatan telah disenaraikan oleh pihak APM. Calon boleh membuat semakan berkenaan dengan skop tugasan kerja mengikut jawatan seperti dibawah:

Skop Kerja Penolong Pengarah M41
  • Semakan dokumen-dokumen perolehan yang dikemukakan oleh Bahagian/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi pemprosesan Sebut Harga atau Tender dengan teliti;
  • Mengambil tindakan kuiri dan panggilan susulan dengan segera kepada Bahagian/ PTJ bagi memastikan dokumen perolehan lengkap sepertimana senarai semak supaya Mesyuarat JKSH dapat diadakan tanpa kelewatan;
  • Membuat pemantauan dan kawalan terhadap pelaksanaan perolehan di PTJ selaras dengan PPT 2024 serta mencari jalan penyelesaian segera terhadap isu-isu berbangkit bagi mengelakkan teguran audit;
  • Membantu dalam menguruskan kerja lapangan seperti mesyuarat dan lawatan tapak/projek bersama agensi lain atau stakeholders; dan
  • Mengemaskini data perolehan (sebutharga/ tender) dan pembangunan (aset tak alih) dari semasa ke semasa bagi tujuan pelaporan dalam mesyuarat-mesyuarat utama.

 

Skop Kerja Pembantu Tadbir
  • Menyediakan dan menyemak pelaporan akaun dan kewangan;
  • Memproses Pendahuluan Diri Perjalanan (luar negeri) dan Pelbagai;
  • Menyusun dan menyimpan dokumen kewangan.

 

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan para pemohon boleh mengemukakan jawatan melalui laman myfuturejob APM. Dibawah adalah beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  • Para calon perlu membuat permohonan secara atas talian sahaja iaitu di laman Myfuturejob.
  • Untuk membuat permohonan para calon perlu mempunyai akaun sekiranya masih belum daftar akaun dibawah myfuturejob.
  • Selepas berjaya log masuk, para calon boleh membuat semakan berkenaan maklumat jawatan, syarat dan lain yang boleh diketahui melalui deskripsi jawatan di myfuturejob.
  • Untuk membuat permohonan, para calon boleh klik “apply” dan seterusnya melengkapkan maklumat butiran diri dan dokumen penting yang diperlukan.
  • Pastikan maklumat yang anda isi adalah maklumat yang betul dan sahih serta mempunyai rujukan.

Selepas selesai, anda boleh menunggu maklum balas daripada pihak APM yang akan memaklumkan permohonan anda berjaya melalui emel. Sekiranya permohonan anda tidak mendapat maklum balas selepas 3 bulan permohonan dibuat, hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

 

Tempoh Permohonan 

Berkenaan tempoh permohonan, jawatan APM Jun 2024 dibuka pada 4 Jun 2024 dan akan ditutup pada tarikh tutup 14 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan APM dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sila rujuk iklan penuh jawatan di sini:

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/

 

SEMAK KERJA KOSONG LAIN:

Leave a Comment