DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MENERUSI BELANJAWAN 2024
Menteri Kewangan telah membuat pengumuman mengenai diskaun bayaran balik pinjaman fokus bagi para rakyat Malaysia yang merupakan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kerajaan sebulat suara bersetuju untuk terus menawarkan diskaun bayaran balik kepada peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan tempohari.
Berikut merupakan info lanjut mengenai diskaun ini dan cara-cara untuk menikmati diskaun tersebut.
Diskaun Bayaran Balik Kepada Peminjam PTPTN
Belanjawan 2024 yang telah bentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada tarikh 13 Oktober 2023 merangkumi pelbagai inisiatif khusus untuk masyarakat Malaysia termasuklah para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
- Diskaun 10% untuk baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
PTPTN menyambut baik hasrat Kerajaan menerusi Belanjawan 2024. Jangan sia-siakan peluang keemasan ini dengan cara melangsaikan bayaran balik pinjaman demi tujuan kesinambungan pembiayaan untuk generasi akan datang.
Tempoh Diskaun PTPTN 2023 / 2024
Tempoh diskaun bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)
Semoga dengan adanya insentif yang ditawarkan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat merebut peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing dan sebenarnya secara tidak langsung ia dapat membantu kelangsungan pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang.
Maklumat Lanjut
PTPTN merupakan sebuah agensi di bawah jabatan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sentiasa komited serta bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada peminjam selari dengan inisiatif Kerajaan yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023.
Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03 – 2193 3000
(Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) - Live Chat di www.ptptn.gov.my
- e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/
- Media Sosial Rasmi @PTPTNOfficial
- Facebook : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Ikuti Telegram rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini : https://t.me/ptptnofficial
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang info terkini Belanjawan 2024 sila rujuk Belanjawan 2024
ATAU
Anda boleh terus melayari laman web PTPTN untuk mendapatkan info terkini: