Agensi-agensi kerajaan di Malaysia telah menubuhkan beberapa platform atas talian yang membolehkan orang ramai untuk menyemak dan membayar saman dengan lebih efisien. Ini selari dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kadar digitalisasi di dalam perkhidmatan kerajaan yang baharu, mahupun sedia ada.
Dengan sistem-sistem atas talian ini, masalah seperti saman tertunggak, isu pembayaran, kaunter JPJ yang terlalu ramai dan lain-lain, dapat dihindari. Terdapat beberapa platform atas talian yang menyediakan khidmat penyemakan dan pembayaran saman, seperti MyBayar PDRM, MySikap, dan MYeG. Setiap platform ini boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia, dan anda wajar untuk mengambil tahu tentang cara-cara pengunaan portal-portal ini untuk memudahkan proses penyemakan dan pembayaran saman anda.
Maklumat berikut berkaitan dengan cara check saman online dan ia berfungsi sebagai rujukan buat semua.
Cara Check Saman Online
Cara Check Saman Online Melalui MyBayar PDRM
Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk check saman online melalui laman web atas talian MyBayar PDRM:
- Layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/en
- Masukkan user ID anda
- Masukkan password anda
- Jika belum mendaftar, tekan “New User Sign up”
- Bergantung kepada kerakyatan anda, pilih “Malaysian” atau “Non-Malaysian”
- Masukkan maklumat terperinci yang diperlukan dan ikut arahan tertera untuk mendaftar diri sebagai pengguna
- Jika terlupa password, tekan pautan “Forgot password?”
- Masukkan user ID
- Masukkan e-mel yang digunakan sewaktu pendaftaran
- Tekan butang “Reset Password”
- Tekan butang “Sign In” dan login berjaya
- Anda boleh menyemak saman tertunggak, kemaskini maklumat kenderaan dan pemandu, dan bayar saman anda secara atas talian
Cara Check Saman Online Melalui Portal MySikap
Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk check saman online melalui laman web atas talian MySikap:
- Layari pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Jika anda belum mendaftar, ikuti proses mendaftar di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Pilih kategori pengguna, sama ada “Individu” atau “Syarikat”
- Masukkan ID pengguna
- Masukkan kata laluan
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Jika terdapat masalah ketika login, tekan “Penetapan Semula Kata Laluan” atau “Penetapan Semula Emel”
- Tekan butang “Log Masuk” dan login berjaya
- Portal MySikap membenarkan pengguna untuk menyemak saman tertunggak, mengemaskini lesen memandu, membayar saman secara atas talian, dan banyak lagi.
- Layari pautan https://www.myeg.com.my/services/jpj.
- Tekan butang “Semak dan Bayar Saman”
- Jika anda belum mendaftar, tekan butang “Cipta Akaun”
- Isi butiran yang diperlukan dan ikut arahan tertera untuk mendaftar akaun anda
- Masukkan nama pengguna eServices atau e-mel 1MID
- Masukkan kata laluan
- Jika terlupa kata laluan, tekan butang “Lupa Kata Laluan”
- Masukkan nama pengguna eServices atau 1MID
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang “Masukkan butiran”
- Jika terlupa nama pengguna 1MID, tekan butang “Lupa Nama Pengguna 1MID”
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang “Enter MyKad no.”
- Tekan butang “Log masuk” dan login berjaya.
- Untuk menyemak saman, tekan “Jabatan Pengangkutan Jalan”
- Tekan butang “Semak dan Bayar Saman JPJ”
- Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
- Jika terdapat saman tertunggak, ia akan dipaparkan di halaman berikut.
Maklumat Lanjut
Ianya wajar untuk orang ramai peka tentang maklumat terkini dan sahih berkenaan pembayaran saman secara atas talian. Ini untuk memastikan bahawa anda tidak menjadi mangsa “online scam” yang berleluasa pada zaman ini. Tambahan lagi, kadang-kala pihak berkuasa seperti PDRM juga menawarkan potongan atau diskaun saman yang berbaloi sempena musim perayaan atau sambutan, seperti potongan sebanyak 50 peratus yang pernah ditawarkan dahulu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan cara check saman online, sila rujuk yang berkenaan:
- Halaman Informasi MyBayar PDRM
- Soalan Lazim MySikap
- Talian Bantuan MYeG: 03-7801 8888
Semoga maklumat berkenaan cara check saman online yang dikongsikan diatas dapat membantu anda untuk menguruskan dan mengemaskini saman anda dengan lebih cermat dan efisien.
Rujukan: MyBayar PDRM | MySikap | MYeG