Panduan lafaz niat dan solat sunat aidilfitri untuk tahun 2024. Baca disini.
SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Solat Hari Raya Aidilfitri, yang terdiri daripada dua rakaat, adalah sunat. Semua rukun, syarat, dan sunatnya adalah sama seperti solat fardu lima waktu, kecuali untuk beberapa tambahan sunat yang dimasukkan. Tambahan sunat tersebut termasuklah melafazkan takbir tujuh kali dalam rakaat pertama dan lima kali dalam rakaat kedua, sambil melengkapkan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILFITRI
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
Maksud : Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.
PANDUAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Berikut adalah panduan menunaikan solat sunat hari raya secara berjemaah atau bersendirian di masjid, surau atau rumah.
- RAKAAT PERTAMA
- Solat Hari Raya Aidilfitri bermula dengan melafazkan takbiratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar, sambil menyertakan niat di dalam hati. Niat untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidilfitri adalah:
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.”
- Setelah itu, membaca doa iftitah.
- Melafazkan takbir sebanyak tujuh kali, dengan diselingi oleh bacaan tasbih setiap kali takbir, di mana setiap takbir diikuti oleh bacaan “Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar” dan “wala haula wala quwwata illa billah”.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran, yang disarankan untuk membaca Surah Al-A’laa.
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
- RAKAAT KEDUA
- Solat dilanjutkan dengan melafazkan takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Melafazkan takbir sebanyak lima kali, diselang-selikan dengan bacaan tasbih. Setiap takbir diikuti dengan bacaan “Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar” dan “wala haula wala quwwata illa billah”.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran, yang disarankan untuk membaca Surah Al-Ghaasyiyah dalam rakaat kedua.
- Melanjutkan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Mengakhiri solat dengan memberi salam.
PANDUAN VIDEO
PANDUAN INFOGRAFIK
BACAAN LAIN
- 6 Lagu Raya Evergreen yang wajib dengar setiap raya!
- 5 Kuih Raya Aidilfitri Yang Membangkitkan Nostalgia
- TARIKH PENGUMUMAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024