Bayaran STR FASA 2 : Dikreditkan Rabu Ini

Maklumat terkini : Bayaran  STR FASA 2 akan mula disalurkan bermula Rabu ini, 3/4/2024.

bayaran str fasa 2

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Seramai 8.4 juta orang akan menerima bayaran STR fasa kedua, dengan jumlah antara RM100 hingga RM650 dikreditkan bermula Rabu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menambah peruntukan bagi fasa kedua program subsidi STR sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion daripada RM1.26 bilion tahun lepas.

Penerima sedia ada dan baru yang didaftarkan dalam pangkalan data STR akan dibayar melalui deposit ke akaun bank mereka atau melalui bayaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

“Insya-ALLAH, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

 

3/4/2024 – Rabu

 

SEMAKAN STATUS STR

 

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui disini.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

KADAR BANTUAN STR

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1-2 anak)
  • RM2,000 (3-4 anak)
  • RM2,500 (5 ke atas)

 

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 anak)
  • RM1,000 (3-4 anak)
  • RM1,250 (5 ke atas)

 

Warga Emas Tiada Pasangan : RM 600

Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah : RM350

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

 

Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747

Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: str@mof.gov.my

 

Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

 

RUJUKAN PENTING 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment