Bantuan Warga Emas (BWE) 2023 : Cara Mohon

Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 setiap bulan tahun 2023 kini telah dibuka. Jangan lupa untuk memohon untuk keluarga anda, sekiranya layak.

Bantuan warga emas merupakan salah satu bantuan menerusi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus untuk membantu mereka yang dari golongan warga emas.

Sebelum ini seperti yang semua tah, jumlahnya cuma RM350. Namun yang demikian, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah bantuan warga emas, dimana terkini ia adalah sehingga RM500.

Bantuan Warga Emas

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Jumlah Bantuan Warga Emas RM500

Bantuan Warga Emas menawarkan sejumlah RM500 sebulan bagi setiap warga emas yang layak.

Tujuan Bantuan Warga Emas

Bantuan ini ditawarkan kepada golongan warga emas miskin tegar (dimana mereka yang telah memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup yang kian mencabar.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk anda membuat permohonan bantuan warga emas:

  • Merupakan warganegara yang juga sedang bermastautin di negara Malaysia
  • Individu warga emas yang berumur 60 tahun & ke atas
  • Memiliki pendapatan isi umah yang tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa ataupun PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa dan
  • Bukan merupakan Warga emas yang sedang  menetap di:
  1. Mana-mana institusi di bawah kendalian JKM atau
  2. Sebarang pusat jagaan harian ataupun mana-mana kediaman yang menyediakan kemudahan/ perkhidmatan dengan percuma

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selari dengan Senarai Bersama (Concurrent List) yang telah dipersetujui antara kerajaan persekutuan bersama dengan kerajaan negeri, dimana ia termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu di bawah senarai 3- jadual ke9 senarai perundangan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bagi bantuan kewangan ini boleh dilaksanakan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang ada di seluruh negara.

Setiap permohonan yang telahpun didaftarkan bakal menjalani siasatan untuk tujuan penilaian bagi mengesahkan samada pemohon benar-benar layak untuk menerima bantuan.

Anda perlu mencetak borang berikut, kemudian mengisi maklumat yang dinyatakan. Selepas itu, boleh bawa ia bersama ke kaunter:.

bantuan warga emas rm500

Penting:Dokumen Sokongan

Jangan lupa, selain itu pemohon juga perlu membawa bersama dokumen-dokumen di bawah ini untuk melayakkan borang permohonan bantuan warga emas anda untuk terus diproses dan kemudian dibuat penilaian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami atau isteri atau ibu atau bapa atau anak yang tinggal/menetap bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-ana atau ahli keluarga yang tinggal/menetap bersama
  • Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda dijemput untuk melayari link di bawah:

Leave a Comment