Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023) : Semak Samada Sudah Dikreditkan

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT 2023)

Golongan petani, pekebun kecil getah dan pesawah yang terkesan dengan cuaca yang tidak menentu, khususnya semasa musim tengkujuh turut tidak ketinggalan untuk ditawarkan bantuan dan manfaat seperti mana dalam Belanjawan 2023 tempohari.

Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan berkata, untuk golongan pesawah, kerajaan tidak akan menghentikan saluran bermacam-macam insentif dan subsidi seperti baja padi, harga padi dan padi huma, dimana RM1.6 bilion akan diperuntukkan.

Jumlah Bertambah

Menurut info terkini, jumlah bayaran insentif Bantuan Musim Tengkujuh 2023 telah dinaikkan kepada RM800, berbanding hanya RM600 sepertimana yang telah ditetapkan bagi penoreh getah dan pekebun kecil yang layak, sebelum ini.

BMT

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

*Seperti yang semua sedia maklum, tarikh permohonan dan juga pengemaskinian BMT 2023 adalah pada 15Jun-15 September 2023 yang lalu

 

Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Sekiranya anda telahpun menghantar permohonan BMT, anda boleh membuat semakan status permohonan anda menerusi pautan link berikut:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang berjumlah RM800.00 bakal dibayar secara atas talian (EFT), iaitu direct terus ke akaun penerima pada November dan Disember 2023 serta Januari dan Februari 2024 sejumlah RM200 setiap bulan.

Tarikh Bayaran BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Kaedah Penerimaan Bantuan

Alhamdulillah kepada yang telah dikreditkan RM200 bermula 17 November 2023 – Fasa 1 Peringkat 1.

Kepada yang lain, harap bersabar ya kerana bayaran fasa pertama ini dibuat bagi semua kelulusan yang telah disahkan sehingga 13 November 2023 dahulu.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan berjumlah RM800.00 bakal dibayar secara atas talian, iaitu terus ke akaun penerima pada November & Disember 2023 serta Januari & Februari 2024, dimana berjumlah RM200 setiap bulan.

Tarikh Bayaran BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Kaedah Penerimaan Bantuan

Alhamdulillah kepada yang telah dikreditkan RM200 bermula 17 November 2023 – Fasa 1 Peringkat 1.

Kepada yang lain, harap bersabar ya kerana bayaran fasa pertama ini dibuat bagi semua kelulusan yang telah disahkan sehingga 13 November 2023 dahulu.

bantuan musim tengkujuh 2023

Penerima yang layak akan terus diproses untuk urusan bayaran bantuan menerusi transaksi atas talian @ Electronic Fund Transfer (EFT) direct terus ke akaun bank aktif yang telahpun dinyatakan/didaftarkan oleh penerima ketika permohonan tersebut dibuat.

Untuk makluman para pemohon, setiap permohonan BMT2023 perlu disemak terlebih dahulu serta diluluskan di pejabat tersebut sebelum proses bayaran dapat dilakukan.

Bagi yang masih berstatus DALAM PROSES, hubungilah pejabat RISDA yang tertera dalam semakan status https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ atau di dalam Portal Pekebun Kecil RISDA. Mohon berhubung dengan pegawai yang menguruskan BMT dan mohon untuk buat semakan serta kelulusan di dalam sistem.

Permohonan Gagal

Bagi yang telah memohon tetapi dan permohonan anda dinyatakan tidak berjaya, anda boleh terus menghubungi mana-mana cawangan pejabat RISDA yang berdekatan untuk membuat temujanji.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, anda boleh terus hubungi hotline BMT RISDA dengan mendail nombor di bawah:

  1. Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini
  2. Talian Hotline : 03-42510171
  3. Emel : portalpk@risda.gov.my

Leave a Comment