Bantuan KWSP RM500 – Semak Senarai Penerima Disini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima peruntukan sebanyak RM708 juta daripada kerajaan untuk diperuntukkan kepada 1.4 juta ahli KWSP yang layak menerima bantuan KWSP RM500 sebagai caruman tambahan.

Bagaimana nak semak bantuan kwsp rm500? Sila ikut arahan selanjutnya di sini.

Bantuan kwsp rm500

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Objektif Bantuan KWSP RM500

Tujuannya adalah untuk menggalakkan ahli kumpulan wang simpanan yang mempunyai kadar simpanan yang rendah dan yang menghampiri usia persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan.

Ia selaras dengan objektif KWSP untuk menambah baik kecukupan simpanan dan memberi sumbangan besar kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Cara Bantuan KWSP RM500 Disalurkan

Bantuan KWSP bernilai RM500 akan dimasukkan ke dalam Akaun 1 KWSP secara sekali gus. Ia membabitkan peruntukan hampir RM1 bilion yang akan diagihkan kepada hampir 2 juta ahli berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Syarat Kelayakan Bantuan KWSP RM500

Bantuan KWSP bernilai RM500 adalah terhad kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Malaysia;
Berumur antara 40 dan 55 tahun; dan
Jumlah simpanan KWSP dalam Akaun 1 ialah RM10,000 atau kurang.

Cara Semak Bantuan KWSP RM500

Untuk menyemak pengkreditan bantuan KWSP ini untuk caruman RM500, anda boleh log masuk ke i-Akaun seperti di bawah:

Sila layari portal rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
Masukkan nombor ID (kad ID) dan kata laluan anda dengan betul.
Klik pilihan [Akaun Peribadi].
Pilih laporan untuk tahun yang dikehendaki dan klik [Cari].
Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
Selesai.

Maklumat Lanjut

Semua maklumat yang dikongsikan di atas adalah bersumberkan daripada portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

  1. Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000.

Leave a Comment