Kerajaan akan mula mengagihkan tambahan RM500 bantuan one-off kepada 1.4 juta ahli KWSP. Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan simpanan pencarum KWSP.
Kami akan share beberapa maklumat penting terkini mengenai bantuan kwsp 2024 yang bernilai RM500 ini. Sila baca sehingga habis jika anda mahukan bantuan KWSP ini.
Bantuan KWSP 2024
Berapakah jumlah pembiayaan yang akan diterima melalui bantuan tambahan ini?
Difahamkan, sejumlah RM708 juta akan diagihkan kepada lebih 1.4 juta ahli KWSP di seluruh Malaysia, dengan setiap seorang menerima RM500.
Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Bantuan
Warganegara Malaysia
Pencarum KWSP
Berumur antara 40 hingga 55 tahun
Simpanan KWSP RM10,000 ke bawah dalam Akaun 1
Sasaran Bantuan Tambahan RM500
Tujuan utama bantuan tambahan ini adalah untuk menggalakkan ahli terus menabung dan menambah simpanan persaraan mereka.
Ini adalah selaras dengan objektif KWSP untuk meningkatkan simpanan dan menyumbang kepada matlamat masa depan.
Cara Semakan Baki Akaun KWSP 2024
- Pergi ke cawangan KWSP terdekat
- Tanya melalui kiosk KWSP
- Dalam talian melalui i-akaun
Maklumat Lanjut Bantuan KWSP 2024
Anda boleh baca maklumat lanjut yang tepat terus daripada KWSP disini
https://www.kwsp.gov.my/ms/w/featured-news-5
Pastikan anda mendapatkan RM500 anda dan teruskan mencarum sebanyak mungkin dengan KWSP demi masa depan yang lebih selesa insyaAllah.