BANTUAN KHAS RM2500 KALI KE-2 DIBAYAR HUJUNG BULAN MAC 2024 – SEMAK KELAYAKAN

Pelbagai bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan mahupun ekonomi di mana ia bersesuaian dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara inisiatif tersebut adalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan:
bantuan khas rm 2500
Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

1. Bantuan Khas RM2,500

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Belanjawan Negeri 2024 telah mengumumkan bantuan yang bermakna, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak satu bulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya minimum RM2,500.

Bantuan ini juga akan diberikan kepada para penjawat awam negeri sebagai tanda menghargai mereka yang sentiasa komited dan efisien dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Untuk makluman pembaca, seramai 6,662 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri akan menerima bantuan khas berkenaan atas usaha sama kerajaan Negeri Sembilan.

2. Pembayaran Bantuan Khas

Bagi kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Ini bermaksud, bantuan khas ini tidak melibatkan apa jua permohonan dan akan diberikan kepada penerima secara automatik.

Pembayarannya pula akan dibuat secara berperingkat, yakni pada hujung bulan Februari dan Mac 2024. Tarikh tersebut dipilih sebagai persediaan pembukaan sekolah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga telah memperkenalkan sumbangan sebanyak RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama sahaja.

Malah, warga emas berumur 70 tahun ke atas di negeri tersebut turut layak menerima sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 secara ‘one-off’ atau sekali bagi.

Leave a Comment