Bantuan Khas Kewangan RM2000 Untuk Orang Pahang – Ini Maklumat Yang Anda Perlu Tahu!

Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM2,000 untuk Orang Pahang yang berkelayakkan, dan bayaran bantuan ini akan didepositkan pada 20 Februari.

Lumayan kan? Jadi, bagi anda yang ingin tahu tentang bantuan kewangan khas RM2000 untuk rakyat Pahang, sila baca artikel di bawah.

bantuan khas kewangan pahang

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Bantuan Khas Kewangan RM2000 Pahang (BKK PAHANG)

Bantuan khas kewangan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pahang akan dimasukkan ke dalam akaun penerima sekali gus pada 20 Februari ini. Menurut kenyataan media daripada YAB. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memperuntukkan sejumlah RM39.6 juta kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.

YAB MB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu adalah hasil keputusan daripada mesyuarat yang diadakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini.

Anda boleh menyemaknya di sini, sila rujuk kepada kenyataan rasmi MB Pahang yang berkaliber ini.
https://www.pahang.gov.my/index.php/announcements/view/ 3785?view_type =pop_out

Maklumat lanjut

“Untuk itu, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju agar pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara one-off pada 20 Februari 2024 iaitu pada hari Selasa.”

Beliau turut melahirkan harapan agar bantuan kewangan khas kepada penjawat awam di negeri ini yang mendapat bantuan akan menggunakan bantuan tersebut secara bijak dan berhemah. Berpada-pada belanja, bayar yang perlu, simpan yang lebih.

“Oleh itu, saya berharap agar semua penjawat awam Negeri Pahang berbelanjalah secara bijak dan jangan sesekali gunakan wang yang kita ada itu ke arah yang boros dan merugikan.

“Semoga menerusi pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini, penjawat awam Negeri Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan pengurusan Kerajaan Negeri Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing,” kata MB Pahang mengakhiri kenyataan rasminya.

Leave a Comment