Bantuan EMadani RM100 : Rakyat Malaysia boleh menebus bantuan kredit e-dompet bernilai RM100 sebelum tarikh akhir Februari 2024.
Inisiatif khusus ini adalah sebahagian daripada bantuan bajet Madani.
BANTUAN EMADANI RM 100
Bagi mereka yang terlepas pandang, Kerajaan telah memperkenalkan insentif tambahan sekali sahaja.
Sehingga akhir Februari tahun ini, mereka yang layak boleh menuntut kredit e-dompet sekali sahaja sebanyak RM100.
Program khas emadani ini adalah kesinambungan daripada hadiah e-wallet ebelia rahmah yang diberikan kepada pelajar sebelum ini.
Pakej bantuan yang hampir sama ini turut diperuntukkan kepada kategori dewasa atas ihsan kerajaan.
Dengan insentif bantuan khas di bawah emadani, beban rakyat dapat diringankan dan faedah boleh diberikan melalui pembelian barangan secara catuan. Secara tidak langsung, budaya pembayaran tanpa tunai dapat dipupuk.
Kriteria Kelayakan Bantuan e-Madani
Bagi mereka yang ingin menebus mata percuma RM100, mereka perlu mematuhi kriteria kelayakan asas berikut:
Warganegara Malaysia
21 dan ke atas (2023)
Pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
Dalam kumpulan B40 dan M40
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
EDOMPET YANG TERLIBAT
Secara umumnya, melibatkan 4 edompet, setiap pemohon boleh memohon kredit RM100 seperti berikut:
Touch N Go eDompet
Shopee Pay
MAE
Tarikh terakhir untuk membuat tuntutan ialah Februari 2024. Bagi anda yang masih belum menerima mata anda, sila daftar, tebus dan gunakan kredit eWallet ini sebelum ia ditutup.
Cara memohon kredit EMADANI RM100
Setiap orang boleh menuntut sekali sahaja, tertakluk kepada pilihan aplikasi edompet yang disediakan. Panduan lengkap cara mendaftar dan menuntut bantuan e-dompet sudah sedia, layari laman web rasmi – eMADANI 2024 https://manfaat.mof.gov.my/individu/emadani