Memang Terangkat! Resepi Ayam Goreng Korea (Yangnyeom) super rangup yang padu!

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana restoran Korea mampu menghasilkan ayam goreng yang begitu rangup dan memukau?

Jangan ketinggalan untuk mencuba resepi Ayam Goreng Korea (Yangnyeom) rahsia ini!

Ayam Goreng Korea (Yangnyeom)

Memang Terangkat! Resepi Ayam Goreng Korea (Yangnyeom) super rangup yang padu!

 

Bila bercerita pasal ayam goreng Korea, sebelum ni pernah saya cuba masak sendiri guna resepi kat internet. Tapi sayangnya ayam tu taklah rangup dan sedap macam yang dijual kat kedai. Tapi, sejak jumpa resepi baru ni, saya terus jatuh hati! Hasilnya, ayam goreng Korea ni memang super rangup, macam kat restoran famous tu.

Saya ni bukanlah pakar masak, sekadar mencuba-cuba di dapur je. Tapi sekali cuba resepi ni, memang tak menyesal! Masa makan, anak-anak dan suami semua puji, katanya macam beli kat luar. Lebih seronok lagi, resepi ni tak susah pun nak buat, masa memasak pun cepat je.

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati, anda boleh cari di pasaraya berdekatan. Yang paling penting, teknik memasaknya yang unik membuatkan ayam jadi rangup di luar, lembut di dalam. Tak perlu susah-payah lagi nak beli ayam goreng Korea di luar, sebab sekarang anda pun boleh buat sendiri di rumah.

Jangan tunggu lagi, cuba resepi ayam goreng Korea ni hari ni juga, confirm anda dan keluarga puas hati!

 

Resepi Pertama Ayam Goreng Korea

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 800g / 10 ketul kepak ayam
    • 2-3 ulas bawang putih
    • 1/2 -1 inci halia
    • 1 biji putih telur
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil garam
    • 5 sudu besar tepung gandum
    • 5 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk tepung kering:
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 cawan tepung jagung
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 1/2 sudu besar serbuk perasa Sedap
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
    • 1 sudu kecil garam halus

 

  • Bahan-bahan untuk sos salutan:
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 2 ulas bawang putih
    • 3-4 sudu besar pes Gochujang
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 2 sudu besar madu
    • 1-2 sudu kecil gula perang
    • Sedikit air
    • 2 sudu besar bijan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk perap ayam:
    1. Ayam bahagian kepak, kalau besar potong dua (kalau nak guna bahagian lain pun boleh tapi potong kecil-kecil).
    2. Pecahkan telur dan ambil telur putih.
    3. Parut halus bawang putih dan halia. Masukkan dalam ayam.
    4. Masuk serbuk lada hitam, garam dan telur putih.
    5. Gaul sebati bahan tadi.
    6. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, air dan sos tiram.
    7. Kacau sebatidan ketepikan.

 

  • Cara-cara untuk tepung salutan:
    1. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa Sedap, serbuk penaik dan garam. Kacau sekata.
    2. Salut sebati ayam.
    3. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai agak keperanggan.
    4. Angkat ayam dan ketepikan.
    5. Goreng semula ayam sampai perang keemasan.

 

  • Cara-cara untuk sos salutan:
    1. Sangai bijan dalam 3-4 minit atau naik bau bijan. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang.
    3. Masukkan pes Gochujang, kicap manis, air sikit, madu dan gula perang. Kacau sampai masak pekat
    4. Masukkan ayam goreng dalam sos salutan dan gaul sekata ayam goreng dan sos salutan.
    5. Tabur dengan bijan sangai untuk hiasan.

 

Tip Masakan:
  • Adunan jangan terlalu pekat atau cair takut tepung salutan tak melekat.
  • Tambah air sikit-sikit semasa masak sos salutan supaya tak hangus.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kedua Ayam Goreng Korea

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • sedikit serbuk black pepper
    • garam secukup rasa
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2/3 cawan tepung jagung
    • minyak yg banyak untuk deep fry ayam

 

  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • sedikit air
    • 3-4 sudu besar sos gochujang
    • 1 sudu besar gula perang
    • 1 sudu besar madu
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan

 

  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
    • sedikit air
    • 1 sudu besar gula perang
    • 2-3 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar madu
    • sedikit garam
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
    2. Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
    3. Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
    4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
    5. Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
    6. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.

 

  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.

 

  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.

 

Tip Masakan:
  • Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
  • Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).

 

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment