Anda Seorang Ibu Bekerjaya? Jom Mohon Insentif MamaKerja !

Anda merupakan wanita bekerjaya di Selangor? Di sini ada berita baik untuk anda. Kerajaan Selangor telah menawarkan satu insentif, khas untuk golongan wanita yang bekerja. Insentif tersebut ialah Insentif MamaKerja, dimana dikatakan ia boleh menampung kos penjagaan anak dan sekaligus dapat membantu meringankan beban para wanita.

MamaKerja

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

Objektif MamaKerja

Tujuan insentif ini adalah untuk meningkatkan lagi martabat golongan wanita yang berkerjaya, iaitu penekanan dikhususkan kepada mereka yang mempunyai anak-anak. Merupakan satu program terkini daripada Kerajaan Negeri Selangor, ia disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Bertemakan ‘Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga’, bantuan menerusi Insentif Mamakerja ini adalah salah satu strategi yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor untuk menaikkan peratusan pembabitan golongan ibu-ibu dalam sektor buruh di negeri ini. Pada masa yang sama, ia turut memberi pengiktirafan kepada wanita dalam peranan mereka untuk menyumbang jasa dan bakti mereka demi kemajuan ekonomi Selangor.

Selain daripada itu, bantuan insentif ini juga bakal merangsang lagi kepesatan sektor penjagaan kanak-kanak seperti taska, tadika dan transit yang tidak dinafikan menjadi tonggak utama dalam menyokong golongan ibu yang bekerjaya.

MamaKerja

Jumlah Insentif MamaKerja

Program ini akan menawarkan bantuan sejumlah RM1,000 kepada 5,000 ibu bekerjaya untuk meringankan lagi beban dan kos penjagaan anak-anak mereka.

Bantuan akan diberikan secara sekaligus (one-off).

Insentif Mamakerja hanya terhad kepada 5,000 orang pemohon terawal yang semestinya LAYAK dan MEMENUHI syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tarikh Permohonan

Anda boleh mula memohon untuk mendapatkan insentif Mamakerja ini bermula pada 1 November 2023 (Rabu) pada jam 10.00 pagi.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Wanita yang berkerja dan mempunyai majikan
  2. Individu adalah rakyat Selangor (samada dilahirkan di Selangor atau telah bermastautin di Selangor lebih daripada 10 tahun)
  3. Membuang undi di Selangor
  4. Pendapatan seisi rumah TIDAK MELEBIHI RM8,000
  5. Individu memiliki akaun di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ataupun KWSP
  6. Merupakan ibu kepada sekurang-kurangnya 3 orang anak yang berumur kurang 12tahun
  7. Individu tidak menerima bantuan TUNAS, ASUH PINTAR dan BINGKAS

Cara untuk Memohon

  • Permohonan harus dilakukan menerusi aplikasi SELANGKAH
  • Aplikasi ini boleh dimuat turun samada mellalui Google Play, App Store atau Huawei App Gallery
  • Ataupun boleh terus memohon di laman web MamaKerja, https://mamakerja.selangkah.my/

Leave a Comment