10 Alat Perkakas Yang Wajib Anda Elak Untuk Jimat Bil Elektrik!

Berjimat dengan bijak! Ketahui 10 alat perkakas yang wajib anda elak guna untuk menjimatkan bil elektrik anda.

Pelajari cara mudah untuk kurangkan penggunaan tenaga dan simpan lebih banyak wang setiap bulan!

Alat Perkakas yang Wajib Anda Elak

 

10 Alat Perkakas Yang Wajib Anda Elak Untuk Jimat Bil Elektrik!

 

Pada zaman sekarang, penggunaan alat perkakas elektrik di rumah semakin meningkat, memberikan kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan seharian.

Namun, terdapat beberapa alat perkakas yang menggunakan tenaga elektrik dengan kadar yang tinggi, sekaligus memberi impak besar kepada bil elektrik bulanan. Mengetahui jenis-jenis alat ini adalah penting agar pengguna dapat mengambil langkah-langkah berjimat-cermat.

 

Berikut adalah 10 alat perkakas yang dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada penggunaan tenaga elektrik yang tinggi di rumah:

 

1. Cerek Air Elektrik

Cerek air elektrik menggunakan 13.6% daripada tenaga di rumah, menjadikannya penyumbang terbesar. Bagi mengurangkan penggunaan elektrik, pilihlah model cerek yang hanya memanaskan air apabila diperlukan, bukan secara berterusan sepanjang hari.

 

2. Penyaman Udara

Penyaman udara juga menggunakan tenaga yang banyak. Walaupun menyejukkan rumah memerlukan tenaga yang kurang berbanding memanaskan, ia tetap menjadi penyumbang besar. Untuk meningkatkan kecekapan tenaga, lakukan audit tenaga dan pasang penebat pada rumah. Penutupan jurang dan rekahan juga boleh membantu. Aircond yang moden dan cekap tenaga lebih daripada 98% patut dipertimbangkan.

 

3. Peti Sejuk

Peti sejuk menggunakan 4% daripada jumlah tenaga di rumah. Peti sejuk baharu biasanya lebih cekap tenaga. Adalah disarankan untuk menukar peti sejuk lama kepada yang lebih baharu dan pintar. Peti sejuk pintar dapat memberi amaran jika terdapat masalah dan model yang diberikan penarafan Energy Star adalah terbaik bagi penjimatan tenaga.

 

4. Alat Seterika

Seterika juga menggunakan banyak tenaga elektrik. Kurangkan kekerapan menggunakannya dan cuba untuk seterika banyak baju sekali gus. Ini akan mengurangkan tenaga elektrik yang diperlukan.

 

5. Lampu & Pencahayaan

Lampu dan pencahayaan menggunakan 2.8% daripada jumlah penggunaan tenaga. Walaupun kelihatan kecil, jika digabungkan dengan usaha penjimatan tenaga lain, ia dapat memberi impak besar. Beralih kepada lampu pintar yang boleh dikawal melalui internet dan set masa hidup/mati untuk menjimatkan tenaga.

 

6. TV & Speaker

TV dan speaker juga menyumbang 2.8% penggunaan tenaga elektrik di rumah. Kurangkan penggunaannya secara berterusan dan konsisten dalam jangka masa panjang untuk menjimatkan kos.

 

7. Komputer/Laptop/Konsol Game

Komputer dan laptop menggunakan 1.1% tenaga di rumah. Matikan komputer sepenuhnya pada waktu malam untuk mengurangkan bil elektrik. Ada juga komputer yang lebih cekap tenaga, jadi pilihlah dengan bijak.

 

8. Charger Telefon

Charger telefon pintar kini semakin bertenaga tinggi, dengan sesetengahnya mencecah sehingga 100W. Banyaknya telefon yang perlu dicas boleh meningkatkan bil elektrik. Gunakan charger yang rendah tenaga dan matikan suis ketika tidak digunakan.

 

9. Mesin Basuh

Mesin basuh juga menggunakan tenaga yang tinggi. Pilihlah mesin basuh yang mempunyai ciri penjimatan tenaga untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

 

10. Pemanas Air dan Microwave

Pemanas air dan microwave, kedua-duanya menggunakan tenaga yang banyak. Kurangkan penggunaan alat pemanas ini dan hanya gunakan microwave jika perlu untuk menjimatkan bil elektrik.

 

Sumber: triviamy

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment