Cara Semak Status Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 2024

Semak status bantuan MyKad RM700 Fasa 3 2024 dengan mudah dan cepat. Ikuti langkah yang kami sediakan dan pastikan anda tidak ketinggalan.

Baca Juga : RM650 untuk B40 yang layak!

Cara Semak Status Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 2024

Status Bantuan MyKad RM700

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB
  1. Sila layari laman sesawang rasmi di pautan ini: Semak Status Bantuan.
  2. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Masukkan nombor MyKad anda tanpa simbol dash (-) (contoh: 780230112345).
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.

Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024

Tarikh penyaluran bantuan bagi fasa ketiga (3) adalah berbeza untuk setiap negeri penerima seperti berikut:

Bil.Negeri PenerimaTarikh Penyaluran
1.Sabah12/08/2024
2.Sarawak12/08/2024
3.Kuala Lumpur01/09/2024
4.Selangor01/09/2024
5.Negeri Sembilan01/09/2024
6.Melaka01/09/2024
7.Johor01/09/2024
8.Terengganu01/09/2024
9.Pahang01/09/2024
10.Kelantan01/09/2024
11.Kedah01/09/2024
12.Pulau Pinang01/09/2024
13.Perak01/09/2024
14.Perlis01/09/2024

CARA PENYALURAN BANTUAN RM700 FASA 3 2024

Bantuan akan disalurkan melalui dua cara:

  1. Secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
  2. Secara tunai ke dalam akaun bank penerima dan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD FASA 3 2024

Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut negeri penerima:

Negeri PenerimaJumlah BantuanCara Penyaluran
Sabah dan SarawakRM600Penyaluran secara tunai ke dalam akaun bank penerima sebanyak dua kali.
Semenanjung MalaysiaRM100Penyaluran secara tanpa tunai dalam MyKad penerima sebanyak 12 kali.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Maklumat ini dikongsi bertujuan memudahkan carian pelawat dan tidak dikenakan sebarang bayaran atau meminta maklumat pelawat. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: SARA FAQ.

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk pautan yang diberikan.

Baca Juga : Anda Layak Dapatkan Saringan Kesihatan PERCUMA! Ketahui Cara Mudah di Sini

Leave a Comment