Bantuan MyKasih September 2024: Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Bantuan MyKasih September 2024: Adakah anda layak untuk Bantuan MyKasih 2024? Klik untuk semak kelayakan anda dan pelajari cara mudah untuk memohon bantuan ini. Dapatkan info penting dan mulakan permohonan anda sekarang!

Baca Juga : 10 Tips Terbaik Simpan Duit untuk B40!

Bantuan MyKasih September 2024

Bantuan MyKasih September 2024:

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kerajaan telah memberikan perhatian khusus kepada program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bertujuan memberi subsidi sasar kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat peningkatan kos sara hidup. Program ini kini diperluaskan untuk memperbaiki taraf ekonomi golongan rentan dan juga menggalakkan prinsip keadilan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Perdana Menteri serta Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa penambahbaikan program SARA adalah satu usaha proaktif untuk mengurangkan jurang kekayaan dan membentuk satu komuniti yang inklusif, seiring dengan visi kerangka Ekonomi MADANI.

Sejarah MyKasih Foundation

Program MyKasih Foundation, yang wujud sejak tahun 2009, merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat dan Puan Sri Jean. Inisiatif ini memberi sokongan kepada keluarga dan pelajar yang kurang mampu di Malaysia. Dengan lebih daripada 250 rakan runcit termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, dan Lotus Stores (sebelumnya Tesco), MyKasih membolehkan penerima bantuan untuk membuat pembelian barang keperluan secara tanpa tunai menggunakan kad pintar yang terintegrasi dengan sistem MyKad.

Penambahbaikan SARA Untuk Tahun 2024

Beberapa penambahbaikan bagi program SARA untuk tahun 2024 termasuk:

  • Meluaskan kriteria kelayakan: Bantuan kini diperluaskan kepada golongan miskin dan miskin tegar, berbanding hanya terhad kepada miskin tegar pada tahun 2023.
  • Menaikkan jumlah bantuan: Isi rumah kini layak menerima RM1,200 (berbanding RM600 pada tahun 2023), manakala individu bujang akan terus menerima RM600.
  • Kredit bantuan diperluaskan: Bantuan kini turut merangkumi barangan asas lain seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan sekolah.

Kategori Dan Jumlah Bantuan MyKasih September 2024

  • Isi Rumah & Ibu Bapa Tunggal dengan Anak: RM1,200
  • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM1,200
  • Bujang: RM600
  • Penerima STR bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih: RM300 setahun
  • Penerima STR Warga Emas dan Bujang bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih: RM150 setahun

Cara Menyemak Status Kelayakan Bantuan MyKasih September 2024

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui beberapa kaedah:

  1. Melalui laman web MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di portal tersebut.
  2. Melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  3. Menghubungi talian telefon Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di 1-800-88-2747 atau Kementerian Kewangan (MOF) di 03-8882 4565 / 4566 pada waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kaedah Penyaluran Dan Jadual Bayaran Bantuan SARA

Bantuan bulanan akan disalurkan langsung ke akaun MyKad penerima yang layak dengan jumlah bulanan sebanyak RM100 atau RM50, bergantung kepada kategori. Bagi penerima di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan akan dikreditkan secara tunai dua kali setahun melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara kredit ke akaun bank.

Baca Juga : RM150 Bantuan Dapur Bulan September

Leave a Comment