Pernahkah anda mencuba resepi Ikan Patin Masak Tempoyak yang begitu lazat sehingga tiada setitik kuah yang tersisa?
Rahsia yang kami akan kongsikan ini bukan sahaja akan buat anda teringin nak cuba, tetapi pasti buat anda tertanya-tanya kenapa tak pernah mencuba lebih awal! Baca terus untuk ketahui resepi ini yang dijamin menawan selera anda!
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak yang pasti buat anda hirup kuah sampai licin!
Eh, korang pernah tak masak Ikan Patin Masak Tempoyak, tapi rasa dia hambar je? Hari tu cuba masak ikan patin dengan resepi biasa-biasa je, don’t get me wrong, sedap, tapi rasa macam ada yang kurang.
Tapi bila cuba resepi Patin Masak Tempoyak yang baru ni, nak habaq mai, terus rasa macam makan kat restoran famous kat Pahang tu! Tak sia-sia cuba resepi ni, kuah tempoyak yang pekat dan rasa ikan yang lembut memang padu habis! Jangan tunggu lagi, korang kena cuba sekarang dan rasa sendiri keunikannya!
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
- Masa Penyediaan: 20 Minit
- Masa Memasak: 20 Minit
- Jumlah Hidangan: 4 Orang
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan patin
- 6 biji cili padi
- 1 inci kunyit hidup
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 bunga kantan – belah 4
- Sedikit daun kesum
- 2 batang serai
- 1 asam keping
- Garam
Cara Penyediaan:
- Tumbuk cili padi dan kunyit.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
- Tempoyak diblender dengan air secukupnya
- Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
- Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
- Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 – 15 biji cili api |nak pedas tambah lagiGer
- 1 inci kunyit hidup
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Masak Ikan Patin ikut resipi asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
2. Masukkan bahan -bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar dengan sedikit air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut citaraasa masing-masing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
3. Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
4. Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Empunya resipi suka manis sikit. Tunggulah sampai masak.
Sumber: