[PANDUAN RASMI] Bantuan Tunai Rahmah – Semakan Bayaran Disini

Panduan lengkap dan rasmi untuk semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah. Jangan tunggu lagi, pastikan bayaran anda sudah masuk dengan mengikuti langkah mudah ini. Klik untuk maklumat penuh!

Baca Juga : Tawaran Hebat di MATTA Fair: 6-8 September Ini!

Bantuan Tunai Rahmah – Semakan Bayaran Disini

Bantuan Tunai Rahmah

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Ikuti cara semakan bayaran fasa tiga (3) Bantuan Tunai Rahmah (BTR) di pautan Portal Rasmi seperti berikut:

Pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad] mengikut format (contoh: 780230115678).
  4. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, sila klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Apa Itu Bantuan Tunai Rahmah Hasil Gov My

BTR Hasil adalah merupakan Bantuan Tunai Rahmah yang diberikan oleh kerajaan sepanjang tahun hasil daripada penjimatan subsidi yang disasarkan semula bagi membantu rakyat yang memerlukan supaya rakyat terus mendapat bantuan kewangan sewajarnya.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Tunai Rahmah Hasil 

Bantuan Tunai Rahmah (BTR) khusus disalurkan kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah:

  • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
  • Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Warga Emas:

  • Bujang; atau
  • Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
  • Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.

Bujang:

  • Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

Kadar Bayaran Fasa 3 Bantuan Tunai Rahmah Hasil

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) bagi fasa tiga (3) adalah sebanyak:

Isi Rumah:

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah: RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak).
  • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM300 (tertakluk bilangan anak).

Warga Emas:

  • Tiada pasangan: RM150.

Bujang:

  • RM50.

Tarikh Bayaran Fasa 3 Bantuan Tunai Rahmah Hasil

Tarikh pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) bagi fasa ketiga (3) adalah bermula pada 29 Ogos 2024 sehingga 6 September 2024 bagi penerima sedia ada. Namun bagi penerima baharu dan rayuan akan dibayar bermula pada 18 September 2024 hingga 20 September 2024.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BTR Hasil. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline BTR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline BTR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Baca Juga : Bantuan Tambahan STR RM1200 – Semak sekarang

Leave a Comment