Semak status penerimaan Bantuan MyKad RM100 Fasa 3 2024 dengan mudah! Ikuti panduan kami untuk proses yang cepat dan efisien. Ketahui lebih lanjut di sini.
Manfaat Bantuan MyKad RM100 Fasa 3 2024
Antara manfaat bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah:
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
- Memudahkan penerima membuat bayaran secara tanpa tunai.
- Boleh digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia.
- Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Had pembelian sehingga RM1,200 setahun.
Jadual Penerimaan Bantuan MyKad RM100 Fasa 3 2024
Berikut merupakan jadual penerimaan bantuan MyKad bagi fasa tiga (3):
Tarikh Penerimaan | Jumlah Bantuan |
01/08/2024 (Khamis) | RM100 |
01/09/2024 (Ahad) | RM100 |
Tempoh Penggunaan Bantuan MyKad RM100 Fasa 3 2024
Penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk pembelian, namun bantuan ini mempunyai tempoh yang ditetapkan dan penerima perlu menghabiskan bantuan tersebut sebelum tarikh luput iaitu pada 31 Disember 2024 (Selasa).
Semakan Status Penerima Bantuan MyKad RM100 Fasa 3 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKad RM100 Fasa tiga (3) seperti berikut:
- Sila layari laman rasmi semakan status di sini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke halaman semakan.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan anda.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Penafian
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq.