Nama Penerima Bantuan Tunai STR Bujang Fasa 3 2024 – Semak segera!

Ketahui jika anda tersenarai sebagai penerima Bantuan Tunai STR Bujang Fasa 3 2024 dan semak nama anda sekarang.

Baca Juga :

Bantuan Tunai STR Bujang Fasa 3 2024

Bantuan Tunai STR Bujang Fasa 3 2024

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Sebahagian daripada peruntukan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah khusus untuk kategori bujang yang berpendapatan rendah serta memerlukan. Begitu juga bagi fasa ketiga (3) ini, yang memerlukan peruntukan implikasi kewangan sebanyak RM0.2 billion untuk kategori bujang.

Bilangan Penerima STR Kategori Bujang Fasa 3 2024

Terdapat peningkatan bilangan penerima bantuan tunai STR dari kategori bujang bagi setiap fasa, seperti jadual berikut:

Fasa BayaranBilangan PenerimaImplikasi Kewangan (RM)
Pertama3.1 jutaRM0.3 billion
Kedua3.3 jutaRM0.3 billion
Ketiga3.3 jutaRM0.2 billion
Keempat. jutaRM**

Nota: Peningkatan bilangan penerima ini adalah hasil daripada permohonan yang dibuka sepanjang tahun.

Jumlah Bantuan Tunai STR Kategori Bujang Fasa 3 2024

Jumlah keseluruhan bantuan tunai STR untuk kategori bujang adalah sebanyak RM350. Bantuan ini disalurkan secara beransur mengikut fasa seperti berikut:

  • Fasa Pertama (1): RM100
  • Fasa Kedua (2): RM100
  • Fasa Ketiga (3): RM50
  • Fasa Keempat (4): RM100

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 2024

Setiap penerima akan menerima bayaran bantuan tunai STR untuk fasa ketiga (3) pada tarikh berikut:

  • Penerima Sedia Ada: Disalurkan bermula 29/08/2024 hingga 06/09/2024.
  • Penerima Baharu & Rayuan: Disalurkan bermula 18/09/2024 hingga 20/09/2024.

Cara Penerimaan Bantuan Tunai STR Kategori Bujang 2024

Setiap penerima dari kategori bujang akan menerima bantuan melalui dua (2) cara, iaitu:

  1. Secara Tunai di Kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional: Sekiranya penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  2. Secara Pengkreditan Tunai ke Dalam Akaun Bank penerima.

Kelayakan Penerima Bantuan Tunai STR Kategori Bujang 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima dalam kategori bujang yang ditetapkan oleh kerajaan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

Semakan Penerima Bantuan Tunai STR Kategori Bujang Fasa 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tunai STR yang lulus kategori bujang untuk fasa ketiga (3) seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR LHDNM.
  2. Pada halaman utama MySTR, sila isikan ruangan [No MyKad] dengan nombor kad pengenalan anda.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024.

 

Leave a Comment