Senarai Penerima Bantuan Tambahan STR Fasa 3 – Adakah Anda Tersenarai?

Ingin tahu jika anda tersenarai untuk Bantuan Tambahan STR Fasa 3 2024? Klik untuk langkah-langkah semakan yang mudah dan cepat.

Baca Juga : STR FASA 3 : Semak jumlah bantuan mengikut kategori

Bantuan Tambahan STR Fasa 3

Bantuan Tambahan STR Fasa 3

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Bantuan Tambahan STR adalah Sumbangan Asas Rahmah yang khusus diberikan kepada penerima STR yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Bantuan ini bertujuan memenuhi keperluan asas mereka sepanjang tahun.

Jumlah Bantuan Tambahan STR Fasa 3 2024

Jumlah Bantuan Tambahan STR bagi fasa ke-3 diberikan berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut:

  • Isi Rumah: RM100 + RM100
  • Warga Emas: RM100 + RM100
  • Bujang: RM50 + RM50

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR Fasa 3 2024

Tarikh bayaran Bantuan Tambahan STR bagi fasa ke-3 adalah seperti berikut:

BILTARIKH BAYARAN
101/08/2024 (Khamis)
201/09/2024 (Ahad)

Cara Bayaran Bantuan Tambahan STR Fasa 3 2024

Pembayaran Bantuan Tambahan STR adalah sedikit unik kepada penerima di Semenanjung kerana ia disalurkan secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka mengikut nombor kad pengenalan. Penerima boleh terus menggunakan kad pengenalan mereka sebagai kad untuk pembelian barang keperluan asas.

Semakan Nama Penerima Bantuan Tambahan STR Fasa 3 2024

Sila ikut langkah-langkah berikut untuk membuat semakan nama penerima Bantuan Tambahan STR fasa ke-3:

  1. Layari laman sesawang rasmi STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Bantuan Tambahan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASIL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Baca Juga : Bantuan Tambahan MyKad RM150 2024

Leave a Comment