Terkini: Semak Kelayakan Bantuan Perubatan Madani 2023 Sekarang!

Apakah Perubatan Madani 2023?

Ia merupakan skim perubatan yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus kepada golongan berpendapatan rendah iaitu B40.

Ianya diwujudkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk membantu menampung kos dan keperluan perubatan B40 untuk menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut. 

Rawatan ini bakal ditawarkan secara percuma kepada para individu di Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan  yang telah dikenakan di bawah skim ini.  Penerima rawatan ini layak untuk menerima bantuan perubatan di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah skim Perubatan Madani ini.

Dengan itu, beban kewangan boleh diringankan dan kesejahteraan hidup penduduk Malaysia bakal menjadi lebih terjaga dan terpelihara, berkat adanya skim ini. Selain itu, yang paling penting, tahap kesihatan semua lapisan masyarakat juga tidak akan merosot, malah semakin meningkat.

Cara Mendaftar?

Yang menariknya, pemohon tidak perlu menghantar sebarang permohonan untuk memperolehi bantuan Skim Perubatan Madani ini. Ini kerana, kelayakan pemohon adalah secara automatik. Walaupun begitu, anda boleh menyemak kelayakan secara atas talian. 

Semakan Status

Individu yang menepati syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan serta juga merupakan golongan B40, boleh terus menyemak kelayakan menerusi atas talian.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan kelayakan skim bantuan Perubatan Madani;

  1. Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mereka secara atas talian menerusi laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my
  2. Isikan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang “Semak”.
  3. Akhir sekali, status kelayakan akan dipaparkan.

Syarat Kelayakan

Individu yang mahu menikmati perubatan di bawah Skim ini juga boleh menghantar permohonan bagi mendapatkan bantuan ini. Walaupun begitu, permohonan hanya akan lulus bagi individu yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan perubatan madani 2023 bagi permohonan skim ini;

  1. Penerima skim bantuan Perubatan Madani ini adalah individu penerima Sumbangan Tunai Rahmah samaada berkeluarga, bujang ataupun warga emas.
  2. Penerima ini tidak menerima sebarang skim perubatan daripada badan atau agensi lain

Bila Tarikh Tutup Permohonan

Tempoh permohonan dan skim ini adalah mulai 15 Jun 2023, sehinggalah 31 Disember 2023.

Jumlah Bantuan

Golongan B40 bakal menerima manfaat bantuan Perubatan Madani ini, dimana jumlah pendapatan adalah;

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
KeluargaRM250
Warga emasRM175
BujangRM75
Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Cara Claim Bantuan Perubatan Madani 2023

Mana-mana individu yang telah menyemak kelayakan bagi menerima bantuan kesihatan madani ini, dan telah tersenarai sebagai penerima, boleh terus mendapatkan rawatan ini.

  • Anda harus terlebih dahulu mengenal pasti klinik swasta mana yang berdaftar di bawah skim ini.
  • Kemudian, anda boleh memilih mana-mana klinik yang berdekatan
  • Akhir sekali, anda hanya perlu hadir ke klinik tersebut bagi mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) secara percuma.

Semak Senarai Klinik Perubatan Madani Online

Semak jika nama pemohon tersenarai sebagai penerima Skim Perubatan Madani ini, rawatan secara percuma ini boleh diterima oleh pemohon di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah skim ini.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengenalpasti senarai klinik yang terlibat secara atas talian;

  1. Individu yang layak untuk menerima bantuan ini boleh melayari laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my seperti pada rajah di bawah ini untuk membuat carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini.
  2. Seterusnya, isikan maklumat yang diminta dan klik butang “Cari”.
  3. Selepas itu akan terpapar senarai klinik-klinik swasta yang berdaftar dalam Skim Perubatan MADANI.

Senarai Penyakit Yang Boleh Claim Rawatan Madani

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang mempunyai penyakit-penyakit yang tersenarai di bawah Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut layak untuk menikmati bantuan kesihatan percuma menerusi skim ini.

Berikut merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda untuk menerima rawatan kesihatan secara percuma;

  1. Demam dan selsema
  2. Cirit-birit dan muntah
  3. Terseliuh pada mana-mana anggota badan
  4. Sakit kepala
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Leave a Comment