Jadual Rasmi STR Fasa 3: Tarikh dan Butiran Terkini

Ingin tahu bila STR Fasa 3 akan bermula? Semak tarikh rasmi sekarang dan pastikan anda bersedia. Maklumat lengkap dan terkini hanya di sini!

Baca Juga : STR Fasa 3 2024: Semak Status

Apa Itu STR Fasa 3?

STR Fasa 3

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan tunai yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia secara berperingkat mengikut empat (4) fasa. Setakat ini, fasa satu (1) dan dua (2) telah selesai disalurkan dan kini bantuan tersebut berada di fasa ketiga (3).

Tarikh STR Fasa 3 Masuk

Pembayaran bantuan STR bagi fasa ketiga (3) dijangka akan dilaksanakan sebelum atau pada 31 Ogos 2024, iaitu pada hari Kemerdekaan. Walau bagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada pindaan semasa dan bakal diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Berapakah Jumlah Bantuan STR Fasa 3?

Jumlah bantuan STR Fasa 3 adalah ditentukan oleh kelayakan penerima seperti anggaran berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 Ke Bawah:
  • Tiada anak: RM150
  • 1 hingga 2 anak: RM300
  • 3 hingga 4 anak: RM500
  • 5 anak ke atas: RM650
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 Hingga RM5,000:
  • Tiada anak: RM150
  • 1 hingga 2 anak: RM200
  • 3 hingga 4 anak: RM250
  • 5 anak ke atas: RM300
Warga Emas Tiada Pasangan:
  • RM150
Bujang:
  • RM100

Cara Semakan STR Fasa 3

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan STR fasa ketiga (3):

  1. Layari portal rasmi MySTR di sini.
  2. Pada halaman utama, masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-), contoh: 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] jika frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima Fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Rujukan

Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk berkongsi dan memudahkan pencarian maklumat oleh pelawat. Kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.

Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari MySTR.

Baca Juga :  Program SAVE 4.0: Cara Mudah untuk Jimat

Leave a Comment