Pertembungan Epik: JDT vs Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos, Siapakah Juara Sebenar?

Saksikan pertembungan epik JDT vs Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos ini.

Siapakah yang akan muncul sebagai juara sebenar? Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan terbesar dalam sejarah bola sepak Malaysia!

JDT vs Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos

Pertembungan Epik: JDT vs Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 24 Ogos, Siapakah Juara Sebenar?

 

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos akan datang.

Dalam satu kenyataan rasmi, MFL mengesahkan bahawa terdapat empat kategori tiket yang akan diagihkan secara sama rata kepada penyokong pasukan Gergasi Merah dan Harimau Selatan dengan harga tiket bermula serendah RM50.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM50 dan RM70 untuk tiket General Admission
RM150 untuk tiket Piala FA Premium
RM200 untuk tiket Piala FA VIP Grandstand

Pengurusan Penjualan Tiket:
Proses penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab masing-masing, bagi memastikan penjualan dilakukan secara sistematik dan adil kepada semua penyokong. Semua maklumat lanjut mengenai proses penjualan tiket akan diumumkan oleh pihak JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” kata MFL dalam kenyataan tersebut.

Pertembungan antara dua pasukan yang dianggap gergasi dalam Liga Malaysia (Liga M), iaitu Selangor dan JDT, pastinya menjadi final impian yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air.

Selangor berjaya melangkah ke final selepas mengatasi Terengganu FC dengan agregat 6-4 di pusingan separuh akhir. Sementara itu, JDT menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) menerusi agregat 5-1 untuk memastikan tempat mereka di final.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan bersejarah ini yang pastinya menjanjikan aksi yang mendebarkan!

 

Sumber: bharian

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment