Diskaun Saman PDRM 50% di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024 21 Julai ini!

Anda ada saman trafik? Jangan risau! Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024, PDRM menawarkan diskaun 50% untuk saman terpilih.

Klik sekarang untuk mengetahui cara mudah membuat bayaran saman dalam talian dan elakkan kesesakan di kaunter pembayaran!

Baca Juga : RM200 Sebulan Untuk yang layak – Mohon bantuan disini.

Diskaun Saman PDRM 50% 

PDRM

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% untuk saman yang terpilih sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Diskaun Saman Polis Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2024

Jabatan Penerangan melalui perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa orang ramai boleh berpeluang menikmati pengurangan diskaun saman PDRM sebanyak 50% sempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Bukan itu sahaja, program ini juga tidak hanya tertumpu untuk golongan dewasa sahaja, tetapi pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk semua peringkat umur. Antaranya termasuklah:

  • Kuiz Roda Merdeka
  • Pameran Kemerdekaan
  • Pameran Kids Tech Centre dan Urban Farm Tech
  • Skim Perlindungan PERKESO
  • Skim Pinjaman Laptop dan Desktop Percuma
  • Pertandingan Mewarna
  • Foodtrucks
  • Jualan Kombo Agro MADANI
  • Jualan Ehsan Rahmah MADANI

Ketahui lebih lanjut melalui info yang dikongsikan di bawah.

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman

Diskaun saman trafik sehingga 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di tapak program iaitu Cyberjaya Event Hall, Cyberjaya, Selangor.

Tawaran pengurangan kompaun saman ini TIDAK TERMASUK kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non-compondable).

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat pada tempoh berikut (tertakluk kepada terma dan syarat):

Tempat: Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Cyberjaya Event Hall, Cyberjaya, Selangor.

Masa: Jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang (21 Julai 2024 – Ahad)

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman disarankan membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:

Rujuk cara buat semakan saman online: MyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 serta pelbagai program yang diadakan boleh didapati di laman sesawang www.merdeka360.my.

Baca Juga : RASMI! Bantuan MyKasih B40 RM450 Setiap Bulan

Leave a Comment