Semak Skim Perubatan Madani 2024 disini. Anda layak dapat bantuan RM250.

Anda golongan B40 dan mencari rawatan perubatan percuma? Skim Perubatan Madani yang menawarkan bantuan sehingga RM250!

Jangan lepaskan peluang ini – baca bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut dan memohon sekarang!

Baca Juga : RASMI! Bantuan MyKasih B40 RM450 Setiap Bulan 

SKIM PERUBATAN MADANI 2024

perubatan madani

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Skim Perubatan Madani merupakan program perintis yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani keperluan kesihatan penduduk B40 dalam penjagaan kesihatan primer akut (rawatan penyakit ringan). Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam golongan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim ini.

KELAYAKAN BANTUAN PERUBATAN MADANI

Penerima STR yang layak termasuk keluarga, warga emas tanpa pasangan, dan individu bujang. Kelayakan ini adalah automatik bagi mereka yang berhak. Namun, penerima mesti mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima sebarang faedah daripada sebarang majikan, kerajaan negeri atau program kemudahan kesihatan yang sama atau serupa dengan program ini.

SENARAI RAWATAN YANG DITAWARKAN

Bantuan Perubatan Madani meliputi rawatan berikut:

  • Demam dan Selesema
  • Cirit-birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk:

  • Imunisasi Rutin
  • Saringan Kesihatan
  • Rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

KATEGORI & KADAR BANTUAN PERUBATAN MADANI

  • Isi Rumah Berkeluarga: RM250
  • Warga Emas (tanpa pasangan): RM125
  • Bujang: RM75

PANDUAN CARA MENDAPATKAN BANTUAN KESIHATAN MADANI

  1. Semak kelayakan anda DI SINI atau melalui aplikasi MySejahtera.
  2. Bawa ID atau dokumen anda ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan Madani (dikenal pasti oleh label Skim Perubatan Madani). [Semak senarai klinik di sini]
  3. Jika anda layak, anda boleh mendapatkan rawatan sakit ringan secara percuma.
  4. Had manfaat anda akan ditolak selepas rawatan selesai. Bantuan Perubatan Madani adalah tertakluk kepada terma dan syarat ProtectHealth Corporation Sdn. Ltd. seperti yang dinyatakan.

CARA SEMAK BAKI BANTUAN PERUBATAN MADANI

  • Mesej atau SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan.
  • Baki had manfaat kelayakan boleh dilihat di klinik perubatan swasta semasa konsultasi.
  • Anda juga boleh menghubungi +603-8687 2525 untuk maklumat lanjut.

Baca Juga : Pakej Rahmah Prabayar Siswa: RM30 Untuk 30GB Data 

Leave a Comment