Ketahui 14 jalan utama di Kuala Lumpur yang akan ditutup sementara waktu sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: 14 Jalan di KL Akan Ditutup Sementara Waktu
Sebanyak 14 jalan di ibu kota akan ditutup sementara secara berperingkat untuk memastikan kelancaran lalu lintas sempena istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu ini (20 Julai).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menggerakkan 387 anggota trafik bagi tujuan tersebut, termasuk pengiringan tetamu kehormat, kawalan lalu lintas, serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan trafik.
Beliau menyatakan 14 jalan yang terlibat adalah:
- Jalan Tun Razak
- Jalan Kia Peng
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Lebuhraya Sultan Iskandar
- Jalan Tuanku Abdul Halim
- Jalan Semantan
- Jalan Damansara
- Jalan Istana
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
- Jalan Kuching (arah selatan)
- Bulatan Dato Onn
- Jalan Parlimen
“Jalan-jalan ini akan ditutup sementara secara berperingkat mulai jam 8 pagi untuk Istiadat Pertabalan dan pada jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (15 Julai).
Tambah beliau, penutupan sementara jalan-jalan ini adalah untuk membolehkan tetamu diraja tiba tepat pada masanya untuk menghadiri acara-acara tersebut, dan jalan-jalan akan dibuka semula sebaik sahaja selesai.
Rusdi juga menasihati pengguna jalan raya supaya mengelakkan penggunaan jalan-jalan yang terlibat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan pegawai polis trafik yang bertugas di lokasi.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di 03-2071 9999 atau Talian JSPT Kuala Lumpur di 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: