Kenali 10 Jenis Buah Durian Yang Terkenal Di Malaysia, Pasti Membuat Pencinta Durian Terliur!

Kenali 10 jenis Buah Durian yang Terkenal di Malaysia, pasti membuat pencinta durian terliur! Ketahui banyak lagi info-info terkini seperti bantuan, info semasa, kesihatan, resepi masakan, semuanya di portal waktu.ai!

BUAH DURIAN

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB


Sekarang adalah musim Raja Buah, dan tentu saja para peniaga menjual pelbagai jenis durian. Setiap buah ini mempunyai harga yang berbeza disebabkan oleh perbezaan rasa mereka yang unik.

Jika anda adalah seorang pencinta Raja Buah, penting untuk mengetahui jenis durian yang popular di Malaysia agar anda tidak membuat kesalahan dalam memilih. Sila ikuti penjelasan lanjut di bawah ini.

 

Baca juga : Cara Pilih Tembikai Manis – 6 Tips Confirm Dapat yang Manis!


Pengenalan Tentang Buah Durian

 

Durian yang dikenali sebagai “raja buah-buahan” di Asia Tenggara adalah sejenis buah tropika yang terkenal dengan isinya yang tebal, berlemak, dan aromanya yang kuat. Kulit durian biasanya dilapisi dengan duri yang tebal dan boleh berwarna dari hijau hingga kuning muda. Di dalam durian terdapat biji-biji besar yang dilapisi dengan isi buah berwarna kuning krim, yang memiliki rasa manis, lembut, dan kadang-kadang sedikit pahit.

Durian terkenal tidak hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia Tenggara, terutama di Thailand, Indonesia, dan Filipina. Buah ini terkenal bukan hanya kerana rasanya yang unik, tetapi juga sebagai lambang budaya dan tradisi masyarakat tempatan. Durian sering dianggap sebagai makanan lazat yang mewah dan menjadi puncak musim buah di kawasan ini.

Walaupun beberapa orang menganggap aroma durian sangat kuat dan unik, namun buah ini tetap menjadi kegemaran di kalangan pencinta buah di seluruh dunia.

 

10 Jenis Buah Durian Yang Terkenal Di Malaysia

BUAH DURIAN
                         

  1. D168/IOI

 

D168/IOI, jenis durian popular di Muar, Johor. Buahnya bersaiz sederhana, bulat dengan kulit berwarna hijau perang. 

Isinya sedikit oren dengan rasa berlemak dan sedikit pahit.

 

  1. Kampung

 

Durian kampung ini biasanya terkenal di sekitar Melaka dan Perak. Buahnya bervariasi dalam bentuk, rupa, dan rasanya yang tidak konsisten. 

Durian ini dijual dengan harga yang paling murah dan mudah dijumpai.

 

  1. D7

D7, berasal dari Kajang, mempunyai ciri buah bersaiz sederhana besar dan berbentuk lonjong. Kulitnya berwarna kuning dan isinya sangat berlemak.

 

  1. D96

D96, buah sederhana besar berwarna gangsa dengan isi tebal dan rasa lemak manis.

 

  1. D197 – Musang King

 

D197 – Musang King, antara jenis durian paling popular di Malaysia yang diminati ramai. Isinya manis, sedikit pahit, dan berlemak. 

Buahnya sederhana besar, bulat, dengan kulit berwarna hijau perang dan garisan bintang 5 di bahagian bawah pangsa.

 

Baca juga : Resepi Puding Karamel yang akan buat tetamu terkesima, cubalah cara mudah ini!

 

  1. D2 Dato’ Nina

 

D2 Dato’ Nina, berasal dari Ayer Molek, Melaka. Buahnya bersaiz sederhana besar dengan isi yang sedikit tebal dan berwarna kuning keemasan.

 

  1. D24 – Sultan

 

D24 – Sultan, jenis durian yang popular di Malaysia dengan isi tebal, manis berlemak, dan berwarna yang menarik.

 

  1. D160 – Tekka

 

D160 – Tekka, durian berbentuk besar dan bujur panjang. Terdapat sedikit ruang di tengah pangsa durian, yang membezakannya dari jenis buah lain. 

Rasanya sedikit pahit, berlemak, dan isi berwarna oren.

 

  1. D198 – Golden Pheonix

 

D198 – Golden Phoenix, buah durian sederhana besar, bujur, dengan pangsa nipis dan isi berwarna kuning pucat. 

Rasanya manis, sedikit pahit, dan berlemak.

 

  1. D175 – Udang Merah

 

D175 – Udang Merah, jenis durian terakhir yang popular di Malaysia. Buahnya sederhana besar, bujur, dengan isi yang tebal, lembut, berlemak berkrim, dan rasanya manis.

 

Sumber: Sirap Limau, Facebook GERAI HANG Durian



Leave a Comment