Adakah anda sedang mencari petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi? Terdapat beberapa cara yang boleh anda amalkan di rumah untuk mencapai ini. Sila ikuti perkongsian kami untuk mengetahui lebih lanjut.
Baca Juga : Tonsil Bengkak : Punca dan cara untuk rawat
Cara Turunkan Tekanan Darah
Berikut adalah beberapa cara atau petua yang boleh anda cuba di rumah tanpa bantuan ubat:
- Tarik Nafas Dalam-dalam dan Bertenang
Tekanan dan rasa cemas boleh menyebabkan darah tinggi meningkat. Anda boleh mempelajari senaman pernafasan untuk memperlahankan kadar degupan jantung. - Minum Air Kosong
Dehidrasi boleh menyebabkan tekanan darah naik. Pastikan anda minum air kosong yang mencukupi. - Minuman Berkhasiat
Minuman yang mengandungi kalium dan likopena seperti teh hijau, jus tomato, dan jus limau gedang (grapefruit) dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan pantas. - Aktiviti Fizikal
Lakukan aktiviti fizikal seperti regangan atau berjalan kaki. Senaman secara kerap sangat digalakkan untuk mengawal tekanan darah. - Makan Coklat Gelap
Kajian menunjukkan bahawa flavonoid dalam coklat gelap boleh menurunkan tekanan darah, namun ia perlu dimakan dalam jumlah yang kecil. - Mandian Air Sejuk
Mandian dengan air sejuk dapat membantu mengecutkan salur darah dan menurunkan tekanan darah. - Elakkan Kafein dan Alkohol
Kedua-dua minuman ini boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat. Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat, elakkan minum kopi 3 jam sebelum mengukur tekanan darah.
Tips Kawal Darah Tinggi Secara Semulajadi
Untuk mendapatkan tekanan darah pada paras yang optimum, anda perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup dan pemakanan.
- Kurangkan Berat Badan
Badan yang kurang lemak bukan sahaja lebih sihat, namun juga membantu jantung untuk mengurangkan tekanan dalam mengepam darah ke seluruh badan. Jika anda obesiti dan mempunyai tekanan darah tinggi, menurunkan berat badan dapat membantu mengembalikan paras tekanan darah yang normal. - Dapatkan Tidur yang Mencukupi
The American Heart Association mencadangkan tempoh tidur selama 6 hingga 8 jam setiap malam untuk mencegah masalah jantung. Beberapa tips untuk tidur yang berkualiti termasuk elakkan tidur siang, jauhi minuman berkafein sebelum tidur, dan tidur dalam bilik yang gelap serta sejuk. - Berhenti Merokok
Merokok bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat kepada kesihatan, malah meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Oleh itu, berhenti merokok secepat mungkin adalah langkah bijak. - Lakukan Senaman
The American Heart Association mencadangkan senaman selama 150 minit seminggu untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Antara senaman yang disyorkan termasuk berjalan, berenang, angkat berat, dan berbasikal. - Ubah Pemakanan
Untuk mendapat bacaan tekanan darah yang optimum, lakukan perubahan pada diet harian seperti mengurangkan pengambilan garam berlebihan dan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium (produk tenusu, sayuran berdaun hijau), kalium (pisang, kekacang, keledek, avokado), dan magnesium (daging, brokoli, karbohidrat kompleks). - Tangani Stres
Persekitaran atau situasi yang stres boleh menaikkan tekanan darah buat sementara waktu, dan jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh memberi kesan jangka panjang. Antara teknik untuk mengurangkan stres termasuk meditasi atau senaman pernafasan, menggunakan perencana atau membuat senarai tugasan harian, amalkan yoga, dan lakukan aktiviti yang meredakan stres seperti berjalan mengambil udara segar atau bercuti.
Perhatian
Dalam mengamalkan petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi ini, ingatlah bahawa ia hanya berkesan untuk sementara waktu dan tidak bertujuan menggantikan rawatan perubatan. Jika anda memerlukan nasihat lebih lanjut, sila berunding dengan doktor di klinik atau hospital.
Baca Juga : Urut Batin: Pengertian, Kelebihan & Risiko Untuk Lelaki