Harga Emas 916 Hari Ini – Ketahui Bila Masa Terbaik untuk Membeli!

Adakah anda tahu berapa harga emas 916 hari ini? Ini peluang terbaik untuk anda yang ingin melabur atau membeli barang kemas! Emas 916

Baca Juga : Promosi Honda Malaysia Julai 2024 – Diskaun Sehingga RM7,000 

Terdapat banyak gred emas dalam pasaran dan antara yang popular adalah emas 916. Jika dibandingkan dengan emas 999, sudah tentulah emas 916 lebih murah kerana kandungan emasnya lebih rendah. Emas 916 sangat popular dalam pembuatan barangan kemas dan sekiranya anda ingin membeli barangan perhiasan kesukaan pada harga lebih murah, pastikan anda sentiasa menyemak harga emas 916 semasa dan lakukan pembelian apabila harga emas sedang rendah.

EMAS 916

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kenali Emas 916

Apabila ingin membeli emas, istilah ’emas 916′ adalah yang biasa didengari. Jadi, apakah itu emas 916?

Ia tidak lain hanyalah peratusan emas yang terdapat dalam aloi yang digunakan untuk membuat barang kemas atau syiling emas. Nombor ‘916’ menunjukkan terdapat 91.6% emas tulen dalam aloi tersebut. Emas 916 mempunyai nisbah 91.6 gram emas tulen 24 karat dalam 100 gram aloi (peratusan 22/24 ialah 91.6%) dan oleh itu emas 916 turut dipanggil emas 22 karat.

Dalam pembuatan barang kemas emas, emas 22K dianggap sebagai perkadaran yang ideal kerana emas adalah logam lembut dengan kebolehtempaan dan ketahanan yang rendah. Emas paling tulen ialah 24K tetapi ia terlalu lembut untuk dibuat barang kemas. Manakala, apabila emas dibeli sebagai pelaburan, kualiti yang diutamakan ialah 24K. Walaupun begitu, logam tulen masih akan mengandungi sejumlah kecil kekotoran malah ketulenan tertinggi emas hanya boleh menjadi 999.9 bahagian daripada seribu.

Fungsi dan Kegunaan Emas 916

Emas 916, juga dikenali sebagai emas 22 karat, adalah aloi yang terdiri daripada 91.6% emas tulen dan 8.4% logam lain seperti tembaga dan perak. Campuran ini memberikan warna kuning hangat dan menjadikannya tahan lama untuk membuat barang kemas. Secara ringkasnya, ia adalah sejenis emas yang kuat dan popular untuk membuat perhiasan yang cantik.

Orang ramai menyukai emas 916 bukan sahaja kerana penampilannya yang berkilat tetapi juga kerana ia mempunyai kepentingan budaya dalam tradisi dan perayaan. Lebih-lebih lagi, ia dianggap sebagai jenis emas yang istimewa dan lasak, menjadikannya sempurna untuk mencipta barang kemas yang boleh diperturunkan daripada generasi ke generasi.

Untuk memastikan anda dapat membeli barangan perhiasan kesukaan pada harga lebih murah, pastikan anda sentiasa menyemak harga emas 916 semasa dan lakukan pembelian apabila harga emas sedang rendah.

Harga Emas 916 Hari Ini – 10 Julai 2024

Harga emas 916 untuk hari ini (10 Julai 2024) adalah RM 388 segram. Harga emas tertinggi tahun ini direkodkan pada 16 April 2024 manakala harga emas terendah pula direkodkan pada 4 Januari 2024.

Sumber: Public Gold

Baca Juga : Apa yang Perlu Dilakukan Jika Anda Melihat Haiwan Didera di Malaysia ?

Leave a Comment