Tarikh Bayaran Pencen Bulan Julai 2024

Dapatkan maklumat terkini mengenai tarikh pembayaran pencen, bayaran insentif, dan perkhidmatan KWAP untuk pesara kerajaan Malaysia tahun 2024. Lawati kami untuk maklumat lebih lanjut.

Baca Juga : i-Suri KWSP 2024: Permohonan & Semakan

Bayaran Pencen Bulan Julai 

PENCEN

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Bersempena dengan penyesuaian Arahan Perbendaharaan (AP) 105, tarikh pembayaran gaji dan pencen telah mengalami beberapa perubahan bermula tahun 2022. Ini termasuklah pemerataan jarak pembayaran gaji serta keizinan pembayaran gaji pada hari Jumaat.

Jadwal pembayaran pencen bagi kakitangan kerajaan pada tahun 2023 dan 2024 sudah ditetapkan dan diumumkan untuk pengetahuan umum. Keseluruhannya, manfaat persaraan yang bakal diterima oleh para pesara kerajaan termasuklah:

  • Ganjaran perkhidmatan (sekali sahaja)
  • Pencen bulanan
  • Ganti rugi cuti rehat dalam bentuk tunai (sekali sahaja)
  • Kad Pesara – untuk rawatan perubatan percuma serta penggunaan fasiliti wad di hospital kerajaan berdasarkan kelayakan jawatan terakhir, potongan harga tambang kereta api dan lain-lain kemudahan.

Adalah penting bagi semua bakal pesara untuk memastikan jabatan masing-masing menyerahkan dokumen persaraan yang lengkap kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh persaraan, bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses pembayaran pencen.

Jadual Pembayaran Pencen Tahun 2024

  • Januari: 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari: 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac: 21.03.2024 (Khamis)
  • April: 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei: 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun: 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai: 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos: 21.08.2024 (Rabu)
  • September: 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober: 21.10.2024 (Selasa)
  • November: 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember: 18.12.2024 (Rabu)

Bayaran Penghargaan Khas Pesara (PKKP) 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bayaran Penghargaan Khas Pesara (PKKP) kepada para pesara dan pesara yang terjejas untuk tempoh dari Januari hingga Disember 2024. Inisiatif PKKP ini bertujuan untuk memastikan bahawa pesara mendapat pencen tanpa pengurangan dan dalam menjaga kebajikan pesara.

Keputusan ini dilaksanakan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Bil A1447] adalah tidak sah, maka akta pra-pindaan ini yang akan diguna pakai dalam pelarasan pencen.

Bayaran Incentif Awal RM1,000 untuk Pesara dalam Bajet 2024

Penjawat awam pada Gred 56 dan ke bawah (termasuk yang dilantik secara kontrak) akan menerima bayaran insentif permulaan sebanyak RM2,000 yang akan dibayar pada akhir Februari 2024. RM1,000 dari jumlah ini adalah khusus untuk pesara kerajaan termasuk veteran yang berpencen mahupun yang tidak berpencen.

Bayaran ini adalah sebahagian daripada Skim Sistem Pampasan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa menantikan semakan SSPA yang dijadualkan selesai pada akhir tahun berikutnya. Bayaran insentif ini bertujuan untuk meringankan beban persiapan persekolahan serta persiapan untuk bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Semakan Penyata Pencen

Penyata pembayaran pencen boleh diakses melalui pautan berikut: Penyata Bayaran Pencen atau melalui aplikasi MyPesara. Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan telah memindahkan tugas memproses dan membayar faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke KWAP untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan proses pembayaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai pencen, layari laman web Pencen JPA dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) atau muat turun aplikasi MyPesara di Apple App Store atau Google Play Store.

Perkhidmatan KWAP Termasuklah:

  • Pengurusan pengiraan syarat perkhidmatan dan manfaat persaraan
  • Memproses pembayaran manfaat persaraan termasuk ganjaran khidmat, pampasan cuti, pencen bulanan, dan bantuan pengebumian
  • Memproses tuntutan ubat dan peralatan perubatan
  • Pelarasan pencen dan pembayaran lain yang ditetapkan oleh kerajaan
  • Memproses potongan manfaat persaraan bagi hutang kerajaan atau mengikut perintah mahkamah
  • Memproses bayaran balik kepada agensi atau individu atas potongan daripada manfaat persaraan
  • Menguruskan pemgantungan atau penamatan pembayaran pencen serta pengurusan fail persaraan dan dokumentasi

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai pencen dan kumpulan wang persaraan, sila kunjungi laman web rasmi Pencen JPA dan KWAP, atau muat turun aplikasi MyPesara melalui Apple App Store ataupun Google Play Store untuk kemudahan akses.

Baca Juga : Panduan Permohonan Rumah PPRT 2024

Leave a Comment