Bantuan Khairat Kematian RM1500 . Daftar sekarang untuk Skim Takaful Kifaalah Warga Emas Kelantan – khidmat khairat kematian percuma untuk warganegara Kelantan berusia 60 tahun ke atas. Manfaat RM1,500, proses pendaftaran mudah.
Baca Juga : Bantuan Tambahan STR 2024
Bantuan Khairat Kematian RM1500
Skim Takaful Kifaalah Warga Emas merupakan satu inisiatif khairat kematian yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi anak syarikatnya, Kifaalah Sdn Bhd. Skim bermanfaat ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan dibuka untuk penyertaan semua warganegara Kelantan yang berusia 60 tahun dan ke atas, tanpa mengira jantina.
Warga negara lain yang telah mencapai usia 60 tahun dan menetap di Kelantan juga berhak untuk mendaftar.
Maklumat Penting mengenai Skim:
- Caruman: Tiada bayaran dikenakan (PERCUMA).
- Syarat Kelayakan:
- Warganegara Kelantan.
- Lelaki dan wanita berusia 60 tahun ke atas.
Faedah Keahlian:
- Penerima manfaat akan mendapat khairat kematian sebanyak RM1,500.00.
- Bayaran pendahuluan sebanyak RM500.00 akan diberikan sejurus selepas kematian ahli, diikuti dengan pembayaran tambahan RM1,000.00.
Cara Mendaftar:
- Muat turun borang pendaftaran dari laman web kifaalah.com.my atau dapatkan daripada penghulu kampung/mukim di kawasan anda.
- Sediakan fotokopi kad pengenalan dan maklumat penama.
- Lengkapkan maklumat diri dan penama dalam borang pendaftaran tersebut.
- Hantar borang yang telah lengkap diisi kepada penghulu kampung/mukim anda.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
KIFAALAH SDN BHD
No. 4703-B, Taman Maju, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-7476336, Faks: 09-7476226,
E-mel: khidmat@kifaalah.com.my,
Atau isi borang pertanyaan kami secara dalam talian di sini.
Baca Juga : Jadual Bayaran STR 2024