Jawatan Kosong ICT Johor 2024 . Semak kelayakan anda dan mohon kerja kosong disini segera.
Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk negeri Johor, yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Mereka perlu berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di ICT@Johor seperti berikut:
Ketahui Cara Memohon dengan Membaca Artikel Ini!
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
MAKLUMAT JAWATAN KOSONG ICT Johor 2024
Berikut adalah maklumat mengenai peluang pekerjaan di bawah program MySTEP :
Kriteria | Maklumat |
Kelayakan | SPM |
Kadar Upah | RM1,700.00 sebulan |
Tempoh Perkhidmatan | 1 Jun 2024 – 31 Disember 2024 |
Kemudahan | Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP, dan Perkeso |
Lokasi penempatan : Johor
Sektor : Badan Berkanun / Kerajaan
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Keutamaan kepada calon yang memiliki kemahiran berkomunikasi dan berpenampilan baik.
Cara Memohon
- Borang permohonan boleh diperoleh dengan mengunjungi Pejabat ICT@Johor secara langsung semasa waktu pejabat.
- Lengkapkan borang permohonan dan sertakan bersama:
- Sekeping gambar berukuran pasport.
- Salinan yang telah disahkan dokumen-dokumen berikut:
i. Sijil kelahiran.
ii. Kad pengenalan.
iii. Sijil berhenti sekolah.
iv. Sijil SPM atau yang setaraf.
v. Dokumen atau sijil lain yang berkaitan. - Catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri atas sampul.
- Semua salinan dokumen mesti disahkan oleh seorang Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Penghulu, atau Ketua Kampung.
NOTA PENTING
- Hanya calon yang layak dan melepasi saringan yang akan dijemput untuk sesi temuduga.
- Sekiranya tiada maklum balas selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
- Calon bertanggungjawab atas segala kos yang timbul untuk menghadiri temuduga
Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap dan dokumen-dokumen yang disahkan ke alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
ICT@JOHOR
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri
Johor
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
23 MEI 2024
MOHON JAWATAN KOSONG LAIN
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak