Resepi Asam Pedas Ikan yang buat suami tak mahu makan di luar lagi lepas ini!

Nak tahu rahsia asam pedas ikan yang buat suami teringat-ingat? Resepi ini bukan sahaja mudah, tetapi juga cukup memikat selera! Jangan terkejut jika dia tak mahu makan di luar lagi.

Baca dibawah untuk mengetahui resepi penuh dan buat dia jatuh cinta semula dengan air tangan anda!

Resepi Asam Pedas

Resepi Asam Pedas Ikan yang buat suami tak mahu makan di luar lagi lepas ini!

 

Pernah tak cuba masak asam pedas ikan kat rumah tapi rasa dia macam tak cukup umph? Saya pun pernah! Hari tu cuba buat guna resepi lama, tapi rasa dia flat je. Tak sangka, bila cuba resepi baru ni, rasa asam pedas jadi luar biasa!

Kuahnya pekat, rasa pedas dan masam cukup balance, malah lebih sedap dari restoran terkenal. Tak sia-sia cuba resepi ni, memang puas hati dan confirm family pun suka. Jangan ketinggalan untuk cuba resepi Asam Pedas Ikan yang power ni!

 

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 6-8 orang makan

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Bahan-bahan:
  • 8-10 ekor / 1 kilo ikan kembung
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar biji lada hitam
  • 1 inci belacan bakar
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (ATAU 1 inci kunyit hidup)
  • Air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 2-3 helai daun limau purut
  • (ATAU boleh ganti 1 batang serai)
  • 1 biji tomato
  • 4-6 batang bendi
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa, jika suka

 

  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    • 3 tangkai cili merah besar
    • 6-10 tangkai cili padi
    • 5 biji limau kasturi (ambil jus dan kulit)
    • 1/4 cwn air asam jawa
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1/2 inci belacan bakar
    • Serbuk perasa, jika suka

 

Cara Penyediaan:
  1. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup (kalau ada).
  2. Cili kering gunting kasar dan rendam dalam air panas sampai lembut. Kemudian bilas dan buang biji.
  3. Tomato belah 4.
  4. Bendi trim buang hujung (bahagian tangkai), kalau nak belah 2.
  5. Bunga kantan belah 2 kalau besar belah 4. Batang bunga kantan belah 2, jangan buang, guna jugak untuk lebih aroma.
  6. Daun kesum, kalau rajin trim sikit buang batang yang keras tu.
  7. Asam jawa, ramas dengan air sampai dapat jus yang pekat (kalau nak senang guna yang pes).
  8. Masuk ke dalam blender bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, kunyit hidup, biji lada hitam, cili kering, belacan bakar dan air.
  9. Kisar halus kesemua bahan.
  10. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi.
  11. Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit (kalau belum masuk kunyit hidup).
  12. Tumis atas api sederhana sampai bahan tumisan kering dan garing. Kemudian ulang masak dan tambah air 3 kali sampai kering dan pecah minyak.
  13. Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan air (boleh masukkan air banyak sikit kalau nak lebihkan kuah).
  14. Masukkan garam dan serbuk perasa (pilihan).
  15. Masukkan daun kesum dan biarkan reneh untuk keluar bau daun kesum.
  16. Koyak masuk daun limau purut (kalau guna serai boleh masukkan masa mula-mula tumis).
  17. Bila kuah dah masak dan cukup rasa, boleh masukkan ikan kembung.
  18. Bila ikan dah masak boleh masuk tomato dan bendi.
  19. Bila bendi dah layu boleh tutup api.

 

  • Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Potong kasar cili merah besar dan cili padi.
    2. Limau kasturi belah dua dan perah ambil jus. Kemudian kulit limau hiris halus (pastikan tak ada biji limau kalau tak sambal pahit).
    3. Masukkan ke dalam blender cili merah, cili padi, kulit limau kasturi, belacan bakar, jus limau kasturi, air asam jawa, gula, garam dan perasa kalau suka.
    4. Kisar kasar kesemua bahan.
    5. Bila dah siap kisar boleh adjust kalau nak lebih masin atau manis.

 

Tip Masakan:
  • Biji lada hitam pastikan guna yang biji jangan yang serbuk. Kalau yang serbuk nanti kuah tak berapa wangi la.
  • Lebihkan minyak untuk tumisan sebab kita nak pastikan bahan tumisan masak betul-betul.
  • Penting untuk masuk ikan selepas kuah dah masak, jangan masuk awal nanti ikan hancur.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan Untuk Asam Pedas:
    • 4 keping hirisan ikan tenggiri
    • 5-8 biji kacang bendi
    • 1 biji tomato, dibelah 4
    • secekak daun kesum atau daun laksa
    • 1 mangkuk kecil air asam jawa
    • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 4

 

  • Bahan untuk kisar halus:
    • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
    • ATAU 1 senduk cili kisar
    • 6 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
    • 2 biji buah keras, optional
    • 1 sudu besar belacan, dibakar
    • 1 sudu kecil lada hitam

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
  2. Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.

 

Tip Masakan:
  • Jangan masak bendi dan tomato terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan pecah di dalam kuah.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment