Bantuan Kewangan RM 300 untuk golongan B40. Semak kelayakan sekarang untuk memohon Bantuan Am Persekutuan
BANTUAN KEWANGAN RM 300
Bantuan Am Persekutuan merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024. Ia ditujukan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan, bertujuan untuk menjaga kelangsungan serta kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
KADAR BANTUAN KEWANGAN BAP
Minimum RM100 seorang sebulan, maksimum RM350 setiap keluarga
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM 300
- Warganegara dan penduduk Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata semasa.
- Keluarga yang memerlukan dan miskin, tanpa termasuk dalam mana-mana pelan bantuan bulanan JKM lain.
Sila semak syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan kebajikan disini.
NOTA PENTING : Setiap negeri mempunyai program bantuan am negeri sendiri. Syarat kelayakan dan kadar bantuan tidak seragam di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza-beza. Permohonan boleh dibuat ke jabatan kebajikan masyarakat jabatan yang berhampiran.
CARA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN BAP
Untuk individu yang memenuhi syarat kelayakan, mereka boleh membuat permohonan bantuan kewangan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Anda boleh menyemak direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat di sini.
Permohonan atas talian juga boleh dibuat melalui eBantuan JKM.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan semasa ke pejabat JKM seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan anak/sijil kelahiran ahli keluarga.
- Salinan stub gaji (jika ada).
- Dokumen lain yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
RUJUKAN PENTING